Utusan Borneo (Sabah)

CPPC inisiatif tingkat taraf hidup pekebun durian

Inisiatif lain turut diperkenal ialah Program Pemulihan Dusun Durian, Skim Penanaman Baharu Durian

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pembinaan Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) antara inisiatif Jabatan Pertanian Sarawak untuk meningkatk­an taraf hidup pekebun durian.

Inisiatif lain turut diperkenal­kan ialah Program Pemulihan Dusun Durian dan Skim Penanaman Baharu Durian.

Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai berkata program pembanguna­n industri itu dilaksanak­an di seluruh negeri.

“Ini adalah selaras dengan misi Jabatan Pertanian Sarawak meningkatk­an pendapatan komuniti pertanian kepada RM4,000 sebulan dan menjadi pengekspor­t bersih agro makanan pada 2030,” katanya.

Berucap pada Majlis Perasmian Pesta Durian Kabuloh di Stesen Penyelidik­an Pertanian Kabuloh kelmarin, Alvin berkata pesta durian dianjurkan bagi memperkena­l dan mengetenga­hkan kepelbagai­an durian di Sarawak.

Beliau memberitah­u, idea asal pemilihan stesen itu sebagai tapak pesta durian adalah atas buah fikiran Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Uggah mahu pesta julung kali itu dijadikan aktiviti tahunan dan dianjurkan secara besar-besaran pada tahun depan.

Pesta adalah untuk meningkatk­an kesedaran umum tentang aktiviti pertanian di Jabatan Pertanian Sarawak serta berkongsi dan menyebarka­n maklumat terkini dalam bidang pertanian.

Aktiviti mengetenga­hkan perkhidmat­an ditawarkan terutama pemindahan teknologi dan program pensijilan jaminan kualiti seperti myGAP selain memberi peluang kepada orang ramai berinterak­si dan belajar tentang pertanian.

Pesta diisi dengan pertanding­an kepelbagai­an durian yang mengetenga­hkan pelbagai jenis durian tempatan dan durian asli.

Pertanding­an itu membantu mengenal pasti jenisjenis durian yang mempunyai ciri-ciri elit dan berpotensi diketengah­kan dan dikomersil­kan.

Turut diadakan pertanding­an produk makanan berasaskan durian melibatkan 30 peserta, pameran dan demonstras­i mempamerka­n teknologi berkaitan pengeluara­n dan produk hiliran durian, pameran perkhidmat­an dan program seperti skim penanaman dan skim pensijilan jaminan kualiti.

Pengunjung juga dibawa melawat ke ladang durian seluas dua hektar, lawatan ke plot demonstras­i penanaman durian Musang King dan jualan aneka produk pertanian dan bahan tanaman dijamin mutunya melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).

Lebih 3,000 pengunjung hadir pada Pesta Durian Kabuloh selama dua hari di sini.

Ini adalah selaras dengan misi Jabatan Pertanian Sarawak meningkatk­an pendapatan komuniti pertanian kepada RM4,000 sebulan dan menjadi pengekspor­t bersih agro makanan pada 2030. Dr Alvin Chai Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak

 ??  ?? PERCUMA: Pengunjung mendapatka­n durian yang disediakan secara percuma pada Pesta Durian Kabuloh di Miri Ahad lalu.
PERCUMA: Pengunjung mendapatka­n durian yang disediakan secara percuma pada Pesta Durian Kabuloh di Miri Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia