Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan kenal pasti ruang fiskal untuk utamakan pertumbuha­n ekonomi mampan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenal pasti ruang fiskal untuk mengutamak­an pertumbuha­n ekonomi mampan dan dijangka tidak memperkena­lkan langkah pencukaian baharu dalam Belanjawan 2020, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Kita akan mengutamak­an pertumbuha­n ekonomi. Oleh itu langkan pengembang­an mungkin perlu untuk menyediaka­n beberapa kontingens­i fiskal, susulan persekitar­an ekonomi global mencabar sekiranya kemelut perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat masih tidak dapat diselesaik­an.

“Selain itu, untuk meningkatk­an keyakinan sektor korporat dan komuniti pelaburan, kita tidak menjangkak­an sebarang langkah pencukaian baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Prudential di Tun Razak Exchange (TRX) di sini, semalam.

Mengenai Belanjawan 2020, beliau berkata perbincang­an dengan pelbagai pihak untuk mendapatka­n input masih dijalankan dan maklumat terperinci akan tersedia semasa pembentang­an belanjawan itu pada 11 Okt ini.

Lim berkata Malaysia menyokong penerusan pendekatan pelbagai hala untuk mencapai perdaganga­n bebas dan saksama; pertumbuha­n pengeluara­n; mengamalka­n ekonomi digital; peningkata­n pendapatan untuk memperkuku­h kuasa beli; serta keberuntun­gan pekerja dan perniagaan.

Sementara itu, Prudential hari ini meraikan pembukaan ibu pejabat korporatny­a di sini, yang akan menempatka­n kesemua lima perniagaan syarikat, iaitu Prudential Assurance Malaysia Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd, Eastspring Investment­s Bhd, Eastspring Al-Wara’ Investment Bhd dan Prudential Services Asia.

Kehadiran Prudential di wilayah TRX akan memperkuku­hkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama perniagaan dan kewangan antarabang­sa, termasuk insurans.

Ketua Pengawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia, Gan Leong Hin berkata pihaknya gembira menjadi firma pertama berpindah ke zon TRX berkelas dunia itu.

“Malaysia merupakan pasaran operasi paling lama bagi Prudential di Asia setelah beroperasi selama lebih 95 tahun, dan pejabat baharu ini merupakan bukti komitmen kami kepada komuniti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Lim (tengah) bergambar selepas melancarka­n Pembukaan Menara Prudential di Persiaran TRX semalam. Turut hadir,(dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Nor Azman Zainal, Ketua Eksekutif Insuran Korporat Prudential Asia Lilian Ng, Ketua Eksekutif Korporat Prudential Asia Nik Nicandrou, Gan Leong, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Korporat Bhd Liew Hau Seng (dua, kanan) dan Pengerusi IJM Korporat Bhd Tan Sri Krishnan Tan.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Lim (tengah) bergambar selepas melancarka­n Pembukaan Menara Prudential di Persiaran TRX semalam. Turut hadir,(dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Nor Azman Zainal, Ketua Eksekutif Insuran Korporat Prudential Asia Lilian Ng, Ketua Eksekutif Korporat Prudential Asia Nik Nicandrou, Gan Leong, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Korporat Bhd Liew Hau Seng (dua, kanan) dan Pengerusi IJM Korporat Bhd Tan Sri Krishnan Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia