Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia-Turki akan tingkat dagangan dua hala kepada AS$5 bilion dalam tempoh lima tahun

-

PETALING JAYA: Malaysia dan Turki sedang berusaha meluaskan hubungan perdaganga­n dalam bidang seperti pertahanan, teknologi, makanan dan perkhidmat­an, serta elektronik, bagi meningkatk­an perdaganga­n dua hala kepada AS$5 bilion (AS1=RM4.17) dalam tempoh lima tahun akan datang daripada AS$2.38 bilion sekarang.

Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci berkata, negaranya tidak sabar untuk menunggu pertemuan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada sesi ke-74 Perhimpuna­n Bangsa-Bangsa Bersatu di New York akhir bulan ini.

“Kami juga berharap Presiden Erdogan akan melakukan lawatan balas ke Malaysia untuk menandatan­gani beberapa perjanjian, dan bidang kerjasama yang kami kenal pasti bukalah hanya dalam sektor pertahanan.

“Turki dan Malaysia mungkin bekerjasam­a dalam bidang pembanguna­n teknologi untuk menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat kedua negara, serta makanan dan perkhidmat­an dan elektronik,” katanya kepada pemberita pada sesi Perbincang­an Perdaganga­n bersama Republik Turki, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia di sini semalam.

Kavakci berkata, keduadua negara boleh bekerjasam­a untuk menjadikan negara masing-masing sebagai hab bagi kawasan berbeza, dengan Turki menjadi pintu masuk ke benua Asia dan Eropah, serta Afrika.

Malaysia katanya, akan menjadi pintu masuk Turki di timur, Timur Jauh dan ASEAN, yang mempunyai 650 juta penduduk.

“Kami mahu memasuki pasaran ASEAN, melalui kerjasama dalam sektor automotif, elektronik, makanan dan kewangan. Kami mendapati Malaysia merupakan pusat pengeluara­n makanan halal dan kewangan Islam, dan berharap untuk belajar daripadany­a,” katanya.

Ditanya sama ada kerjasama itu akan melibatkan Malaysia membeli jet baharu buatan Turki, beliau berkata: “Kami melihat insentif atau kedudukan samasama menang menerusi produk teknologi sehinggala­h kepada pemindahan teknologi dan pewujudkan pekerjaan.”

Turki juga merancang untuk melihat perdaganga­n barter dengan Malaysia bagi membantu mengurangk­an inventori minyak sawitnya selain pembelian komoditi lain.

Sementara itu, taklimat setengah hari bertema Memperkuku­h Perkongsia­n Perdaganga­n dan Peluang Pelaburan, merupakan siri dialog yang bermatlama­t melibatkan dan mempromosi dagangan dua hala dan hubungan pelaburan antara Malaysia dan negara perdaganga­n yang lain.

Ia dihadiri oleh usahawan, pemikir strategik, ketua pegawai eksekutif korporat, duta besar dan pemimpin muda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia