Utusan Borneo (Sabah)

17 belia adakan tunjuk perasaan di kedutaan AS, Jepun diberkas

-

KAMPALA: Sekurang-kurangnya 17 penyokong muda Parti Gerakan Penentanga­n Kebangsaan (NRM) yang memerintah telah diberkas kelmarin kerana mengadakan tunjuk perasaan secara haram di kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Penunjuk perasaan terbabit cuba memecah masuk keduadua bangunan diplomatik namun berjaya dihalang oleh polis yang kemudian bertindak menahan mereka manakala yang lain melarikan diri.

“Penyokong muda terbabit, yang membawa plakad, secara tidak sah telah bergerak ke premis kedua-dua kedutaan dan mengadakan tunjuk perasaan tanpa terlebih dahulu mendapatka­n kebenaran daripada pihak polis sebagaiman­a yang ditetapkan undang-undang,” kata Timbalan Jurucakap Polis Luke Owoyesigyi­re kepada media.

Pihak berkuasa berkata, mereka yang ditahan akan didakwa kerana mengadakan perhimpuna­n haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia