Utusan Borneo (Sabah)

Laporan media dakwa 21 IPG ditutup tidak benar

Cadangan sama sekali tidak berkait dan langsung tidak merujuk kepada dasar kerajaan pada masa ini

-

ALOR GAJAH: Laporan media yang mendakwa sebanyak 21 daripada 27 institut pendidikan guru (IPG) akan ditutup secara berperingk­at bermula tahun depan adalah tidak benar kerana ia merujuk kepada keputusan dibuat oleh kerajaan sebelum ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata cadangan penutupan IPG itu sama sekali tidak berkait dan langsung tidak merujuk sama sekali kepada dasar kerajaan pada masa ini.

“Kita meminta kepada pihak yang mengeluark­an berita tersebut supaya merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluark­an kenyataan yang tidak benar sama sekali.

“Kenyataan tersebut langsung tidak benar, ia merujuk kepada dasar oleh kerajaan lama dan bukan dasar kerajaan sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat di Kuala Sungai Baru di sini semalam.

Laporan muka depan akhbar Berita Harian semalam melaporkan dakwaan daripada sumber tidak dinamakan terdapat cadangan 21 daripada 27 (IPG) akan ditutup secara berperingk­at bermula tahun depan dan tahun ini pengambila­n terakhir pelajar IPG berkenaan.

Sementara itu, Maszlee berkata Jabatan Pendidikan negeri akan memastikan keadaan jerebu di negara ini tidak menjejaska­n kesihatan pelajar sekolah dan sentiasa berhubung rapat dengan pelbagai pihak antaranya Jabatan Alam Sekitar bagi memantau situasi terkini tentang jerebu di kawasan sekolah.

“Setiap Jabatan Pendidikan negeri mempunyai SOP (Prosedur Operasi Standard) masing-masing tentang jerebu yang mana mereka akan memastikan bila sampai ke bacaan (kualiti udara) tertentu sekolah akan ditutup. Jadi rujuk kepada Jabatan Pendidikan negeri masingmasi­ng.

“Kita tidak menggalakk­an aktiviti di luar (ketika keadaan berjerebu) dan banyakkan minum air kosong dan menjaga keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting pada masa ini adalah semua pihak yang terlibat termasuk Jabatan Pendidikan negeri perlu meletak usaha menjaga kebajikan pelajar dan guru pada keadaan berjerebu ini pada tahap yang tertinggi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini (Alor Gajah) dan Bukit Rambai, Melaka Tengah menunjukka­n tahap tidak sihat setakat jama 2 petang semalam iaitu masing-masing pada 101 dan 102. — Bernama

Kita meminta kepada pihak yang mengeluark­an berita tersebut supaya merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluark­an kenyataan yang tidak benar sama sekali. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Dr Maszlee (berdiri kiri) beramah mesra bersama pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat ketika mengadakan lawatan kerja ke sekolah itu di Kuala Sungai Baru, dekat Alor Gajah, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Dr Maszlee (berdiri kiri) beramah mesra bersama pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat ketika mengadakan lawatan kerja ke sekolah itu di Kuala Sungai Baru, dekat Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia