Utusan Borneo (Sabah)

RM315.96 juta pampasan dibayar PERKESO bagi kemalangan pergi dan balik kerja

-

BUKIT MERTAJAM: Sejumlah RM315.96 juta bayaran pampasan bagi kemalangan semasa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dibayar oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohamed Azman Aziz Mohammed berkata, jumlah berkenaan merangkumi faedah kematian, hilang upaya dan kecederaan kepada pekerja bagi kemalangan perjalanan pergi dan pulang dari dan ke tempat kerja.

“Bagi tempoh itu sebanyak 15,713 kes kemalangan pergi dan balik kerja membabitka­n kematian 290 pekerja direkodkan. Kemalangan dan kehilangan (mati) itu bukan sahaja majikan menghadapi kerugian akibat kehilangan tenaga kerja tetapi keluarga mereka.

“PERKESO turut membelanja­kan sebanyak RM688.9 juta sepanjang tahun lepas melibatkan kemalangan pergi dan balik kerja. Ini impak kemalangan berbentuk kewangan secara langsung, namun impak psiko sosial akibat itu lebih besar terutama kepada keluarga,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Majlis Penutup Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya inisiatif PERKESO dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Flex Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T. Narenasaga­ran, di sini semalam.

Sementara itu, Mohamed Azman berkata, kempen tersebut merupakan kempen jangka panjang untuk mengenal pasti sebarang kemalangan yang dihadapi oleh pekerja terutama ketika pergi dan balik kerja.

Menurutnya, PERKESO juga meminta majikan supaya meningkatk­an keselamata­n pekerja ketika perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja kerana itu sememangny­a di bawah tanggungja­wab majikan.

“Pihak majikan boleh memulakan pendekatan tertentu seperti program pemanduan berhemah kepada pekerja mereka. Selain itu, PERKESO juga bekerjasam­a dengan pihak PDRM untuk mengenal pasti kawasan berisiko kemalangan, semua ini menerusi kempen yang teratur bagi mengurangk­an kemalangan dan kematian,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap golongan pekerja dapat meningkatk­an kesedaran ketika memandu dan memikirkan nasib keluarga jika terlibat dalam kemalangan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN KESEDARAN: T. Narenasaga­ran (tiga kanan) memakaikan pakaian keselamata­n kepada pekerja Flex Penang Mohamad Danial Abdul Razak pada Majlis Penutup Program Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya Inisiatif Perkeso dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Flex Penang sempena Hari Polis Ke-212 di Bukit Mertajam, semalam.
— Gambar Bernama KEMPEN KESEDARAN: T. Narenasaga­ran (tiga kanan) memakaikan pakaian keselamata­n kepada pekerja Flex Penang Mohamad Danial Abdul Razak pada Majlis Penutup Program Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya Inisiatif Perkeso dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Flex Penang sempena Hari Polis Ke-212 di Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia