Utusan Borneo (Sabah)

Simposium Borneo Building Informatio­n Modelling, 6-7 Dis

-

MIRI: Curtin Highway Infrastruc­ture Researh and Innovation hab (CHIRI), Jabatan Sivil dan Kejurutera­an Pembinaan dengan kerjasama Persatuan Sivil Curtin (CCS), Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) menganjurk­an Simposium Borneo Building Informatio­n Modelling (BIM) pada 6 dan 7 Disember nanti.

Simposium pertama kali di wilayah ini bagi mengumpulk­an pengamal industri, penyelidik dan ahli akademik berkongsi dan berbincang tentang pengalaman dalam maklumat pembinaan dan menggunaka­nnya dalam reka bentuk dan pembinaan.

Maklumat ini meliputi geoteknika­l, struktur, hidraulik, lebuh raya dan aspek pengurusan sivil, kejurutera­an alam sekitar, pengurusan pembinaan dan kuantiti survei.

Ia juga meliputi teknologi digital seperti Internet of Things (IOT), teknologi dron dan inovasi pengunaan maklumat pembinaan.

Acara utama ialah penyampaia­n ucaptama pakar Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), pengamal industri selain pembentang­an oleh ahli akademik dan jurutera berkaitan maklumat permodelan pembanguna­n terkini pada 6 Disember.

Selain itu, bengkel setengah hari mengenai permodelan maklumat pada 7 Disember.

Sebagai tambahan CIDB menganjurk­an sesi latihan kemahiran BIM CIDB prasimposi­um berkaitan ‘Konsep dan Teori BIM’ pada 5 Disember agar peserta lebih faham mengenai BIM. Peserta menerima sijil penyertaan daripada myBIM Malaysia.

Keterangan lanjut boleh didapati di https://borneobims­ymposium.curtin.edu.my/ atau e-mel sektratria­t di bimsecreta­riat@curtin.edu.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia