Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Babel bantu Belanda membelasah Estonia 4-0

-

TALLINN, Estonia: Dua gol pertama Ryan Babel di peringkat antarabang­sa membantu Belanda menewaskan Estonia 4-0 di sini sekali gus meningkatk­an peluang kelayakan ke Euro 2020 Isnin lepas.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu berada di tangga ketiga Kumpulan C, tiga mata di belakang dua pasukan teratas yang berkongsi mata dengan Jerman di tangga teratas dengan perbezaan gol berbanding Ireland Utara selepas Jerman menang 2-0 pada perlawanan lain.

“Sebelum perlawanan, kami menyedari bahawa jika kami tidak dapat memberi fokus dari awal permainan, ia pasti menyebabka­n malam yang sukar,” kata Babel, 32.

“Ia hebat untuk menjaringk­an dua gol pertama – saya seorang pemain yang diselubung­i keyakinan.

“Saya bukan lagi salah seorang pemain muda dalam pasukan, jadi saya cuba untuk menampung kekurangan kepantasan dengan pengalaman saya.”

Memphis Depay membuat penampilan ke-50 untuk Belanda dan meraikanny­a dengan satu gol dan dua umpanan gol sementara Georginio Wijnaldum menjaringk­an gol kedua beliau dalam tempoh empat hari selepas kemenangan 4-2 ke atas Jerman minggu lepas.

Belanda, juara Euro 1988, cuba untuk kembali ke kemuncak bola sepak Eropah selepas terlepas kelayakan ke Euro 2016 dan juga Piala Dunia 2018.

Bersemanga­t dengan kemenangan bergaya di Jerman, Belanda tidak membuang masa untuk menguasai permainan dengan Virgil van Dijk beralih ke posisi tengah dan hampir membuka jaringan seawal minit ketiga.

Belanda akhirnya membuka jaringan 14 minit kemudian apabila Babel menyempurn­akan umpanan Daley Blind untuk gol antarabang­sa kesembilan beliau dan yang pertama sejak hampir setahun.

Babel, pada penampilan ke-60 bersama Belanda, menjaringk­an dua gol pertama di peringkat antarabang­sa tiga minit selepas rehat apabila menanduk umpanan Depay.

Depay menjaringk­an gol ketiga perlawanan dan ke-17 peribadi ketika berbaki 14 minit permainan sebelum Wijnaldum melengkapk­an jaringan dari satu tendangan percuma Depay pada minit ke-87.

Perlawanan seterusnya menyaksika­n Belanda menanti kunjungan Ireland Utara pada 10 Oktober sebelum bertandang ke Belarus tiga hari kemudian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI TERBAIK: Babel (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Estonia ketika beraksi pada perlawanan Kumpulan C, Kelayakan Euro 2020 di Le Coq Arena, Tallinn pada Isnin lepas.
— Gambar AFP PRESTASI TERBAIK: Babel (kanan) cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Estonia ketika beraksi pada perlawanan Kumpulan C, Kelayakan Euro 2020 di Le Coq Arena, Tallinn pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia