Utusan Borneo (Sabah)

Mayat pemancing ditemukan

Dua lagi masih hilang, selepas dilaporkan hilang semasa memancing

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Mayat salah seorang daripada tiga sahabat yang dikhuatiri hilang semasa memancing di perairan Lawas kelmarin ditemukan awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, mayat Yee Chon Tiong, 30, berjaya ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terdampar di atas batu di perairan Sungai Labik, Sarawak, kira-kira jam 8.35 pagi.

“Mayat mangsa dikenal pasti oleh anggota keluargany­a sebelum dibawa ke Hospital Lawas untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Terdahulu, tiga sahabat dilaporkan hilang semasa memancing di perairan Lawas awal pagi kelmarin.

Che Adnan berkata, kejadian dimaklumka­n oleh isteri salah seorang mangsa mengatakan suaminya Faruk Arina Ahmad Sabri, 29, keluar ke laut untuk memancing di sekitar Pulau Sari.

“Faruk bersama dua lagi rakannya iaitu Mohd Amirul Bakar, 26 dan Yee yang keluar dari rumah pada jam 5 pagi kelmarin menaiki bot fiber sepatutnya dijadualka­n balik pada jam 6 petang hari sama.

“Kesemua mangsa bagaimanap­un gagal dihubungi menyebabka­n isteri mangsa membuat laporan kecemasan berkenaan kejadian,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mula diaktifkan pada jam 12.20 tengah malam kelmarin dan pencarian dimulakan awal pagi semalam.

“Kita juga sudah memaklumka­n kejadian kepada pihak Polis Marin Diraja Brunei bagi bantuan untuk operasi SAR.

“Operasi turut dibantu beberapa agensi lain termasuk Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an komuniti maritim agar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n khususnya pemancing bot kecil serta bot nelayan lain.

 ??  ??
 ??  ?? PEMANCING: Tiga sahabat dikhuatiri hilang semasa memancing di perairan Lawas.
PEMANCING: Tiga sahabat dikhuatiri hilang semasa memancing di perairan Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia