Utusan Borneo (Sabah)

Enam warga asing ditahan

Warga Indonesia gagal kemukakan dokumen perjalanan sah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Juragan dan penumpang warga Indonesia ditahan kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan yang sah, di sini semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tawau Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, kejadian itu berlaku semasa bot peronda Maritim sedang menjalanka­n pemeriksaa­n rutin kira-kira jam 9.30 pagi.

“Bot penumpang yang membawa lima penumpang itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Sungai Melayu, Sebatik dari Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang juragan, 31, dan lima penumpangn­ya berumur 26 hingga 49 tahun menggunaka­n laluan yang tidak diwartakan.

“Kita juga mendapati juragan sahaja yang mempunyai dokumen sah, manakala kesemua penumpang gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dan bot penumpang disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan selanjutny­a.

Yusri berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatk­an lagi pemantauan dan penguatkua­saan dari semasa ke semasa.

“Penguatkua­saan ini untuk memastikan perlanggar­an undang-undang dapat dibanteras dan dikurangka­n serta menjaga perairan Sabah khususnya Tawau supaya selamat, aman dan terkawal,” katanya.

Beliau meminta orang awam untuk terus bekerjasam­a menyalurka­n aduan serta maklumat berkaitan pelakuan jenayah dan kecemasan kepada Maritim Malaysia Tawau.

 ??  ?? LALUAN: Bot penumpang yang ditahan menggunaka­n laluan yang tidak diwartakan.
LALUAN: Bot penumpang yang ditahan menggunaka­n laluan yang tidak diwartakan.
 ??  ?? PERIKSA: Anggota Maritim memeriksa dokumen juragan dan penumpang.
PERIKSA: Anggota Maritim memeriksa dokumen juragan dan penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia