Utusan Borneo (Sabah)

Dua individu didakwa pecah amanah

Pengurusan kes ditetapkan 14 Okt selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah

- Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Dua individu, antaranya presiden Pertubuhan Gagasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan menyalahgu­nakan harta iaitu wang sebanyak RM34,000.

Bagaimanap­un Jismit Japong, 53, yang diwakili peguam P.J Perira dan Mohd Hafiz Anuar, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mereka didakwa dengan niat bersama, menyalahgu­nakan harta secara tidak jujur iaitu sejumlah wang tunai terbabit dari akaun milik Mohd Hafiz.

Kesalahan didapati dilakukan pada sekitar Mei hingga Julai 2012 di RHB Bank, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsin­g di sini.

Sabit salah mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara selama lima tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda.

Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Selain itu, beliau meminta supaya syarat tambahan dikenakan dengan melaporkan diri di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali dalam dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, PJ memohon jumlah berkenaan dikurangka­n kerana anak guamnya masih berkhidmat dengan PGEBS.

Menurutnya, Jismit tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau dan aduan terbabit dilakukan setelah tujuh tahun berlalu.

Jismit memberitah­u mahkamah bahawa isterinya hanya seorang suri rumah dan mempunyai 10 anak yang mana tujuh masih bersekolah.

Mohd Hafiz yang tidak diwakili peguam meminta jumlah berkenaan dikurangka­n kerana tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai pemandu.

Tertuduh juga meminta agar membenarka­n permohonan­nya untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Shah Alam memandangk­an dirinya menetap di sana.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 14 Oktober terhadap keduadua tertuduh yang diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

 ??  ?? BUAT PANGGILAN: Mohd Hafiz yang diiringi pegawai SPRM kelihatan duduk sedang membuat panggilan.
BUAT PANGGILAN: Mohd Hafiz yang diiringi pegawai SPRM kelihatan duduk sedang membuat panggilan.
 ??  ?? DIIRINGI: Jismit diiringi pegawai SPRM keluar dari kamar mahkamah setelah selesai prosiding.
DIIRINGI: Jismit diiringi pegawai SPRM keluar dari kamar mahkamah setelah selesai prosiding.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia