Utusan Borneo (Sabah)

PRESTASI SAS POSITIF

50,264 pelabur bakal terima interim pertama pada kadar 2.4 peratus

-

KOTA KINABALU: Seramai 50,264 pelabur bakal menerima pengagihan Pendapatan Interim Pertama Saham Amanah Sabah (SAS) untuk tahun 2019 pada kadar 2.4 peratus atau 2.40 sen seunit bersih.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, SAS telah berjaya memperoleh­i pendapatan kasar sejumlah RM36,017,587 setakat 6 September lepas.

“Pendapatan interim ini akan dibayar kepada 50,264 pelabur terdiri daripada 42,746 (85.04%) pelabur individu, 7,317 (14.56%) pelabur di bawah skim Projek Pembanguna­n Rakyat Termiskin (PPRT), 151 (0.30%) pelabur melalui pinjaman bank dan 50 (0.10%) pelabur korporat.

“Jumlah ini menghasilk­an kadar pulangan pendapatan sebanyak 7.41 peratus berdasarka­n Nilai Aset Bersih SAS pada 2 Januari 2019, iaitu RM0.3240 dengan membabitka­n pembayaran wang tunai sejumlah RM29,552,976 bersih berdasarka­n kepada bilangan unit SAS yang dipegang oleh para pelabur sebanyak 1,231,374,000 pada 6 September lalu.

“Pendapatan ini diperolehi daripada sumber-sumber Pelaburan SAS dalam Pasaran Saham sebanyak 77.60 peratus; Penerimaan Dividen sebanyak 14.04 peratus dan Pasaran Kewangan sebanyak 8.36 peratus,” ujarnya.

Shafie berpuas hati dengan prestasi SAS yang positif disebabkan pengurusan kewangan berhemat dengan strategi pelaburan yang betul.

“Walaupun persekitar­an pelaburan yang mencabar dengan pertumbuha­n sederhana serta prestasi pasaran global dan domestik yang terjejas, kami berpuas hati kerana dapat terus mengekalka­n pulangan kepada pemegang unit SAS.

“Selama 25 tahun beroperasi, SAS telah mengagihka­n pendapatan tunai sebanyak 22 kali melibatkan pembayaran sejumlah RM643,231,647 atau 90.57 sen seunit atau 90.57 peratus termasuk satu pengagihan berbentuk unit pelaburan semula pada kadar 0.40 sen seunit (0.40%),” jelasnya.

Dalam pada itu, Shafie turut menyeru bakal pelabur dan pelabur sedia ada terutamany­a agensi kerajaan negeri yang mempunyai kecairan untuk melabur, tampil bagi melanggan unit SAS.

Tambah beliau, Saham Sabah Berhad selaku pengurus Skim SAS akan terus berusaha untuk menjana pulangan yang berpatutan selaras dengan objektif pelaburann­ya.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi SAS Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh dan Naib Pengerusi SAS Datuk Naim Ahmad serta ahli Lembaga Pengarah SAS.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Shafie (duduk, tengah) menjawab pertanyaan media sambil diperhatik­an oleh Mojigoh (duduk, kanan) dan Naim (duduk, kiri).
SIDANG MEDIA: Shafie (duduk, tengah) menjawab pertanyaan media sambil diperhatik­an oleh Mojigoh (duduk, kanan) dan Naim (duduk, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia