Utusan Borneo (Sabah)

Perlu lihat kembali sejarah, bina masa depan lebih baik

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Bagi membina masa depan yang lebih baik, rakyat perlu melihat kembali sejarah terdahulu demi memastikan mereka dapat melakukan yang terbaik.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata, dengan melihat kembali pada sejarah sudah tentu ada pengajaran di sebaliknya yang mampu disemai dalam diri dan jiwa generasi baharu masa kini.

Jelasnya, ia bagi memastikan generasi pelapis dapat mengusahak­an sesuatu untuk mengekalka­n kemerdekaa­n yang dikecapi hari ini.

“Jika tidak ada sebarang usaha atau pendedahan mengenai sejarah, generasi pelapis akan menganggap mereka tidak perlu memperjuan­gkan apa-apa untuk mempertaha­nkan kemerdekaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Nostalgia Kembara Merdeka di pekarangan Stesen Keretapi Beaufort.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif, ADUN Klias Datuk Isnin Aliasneh, ADUN Lumadan Matbali Musah dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azizah berkata, mengisi kemerdekaa­n adalah salah satu usaha untuk mengekalka­nnya dan ia merupakan perjuangan yang harus diteruskan oleh generasi baharu masa kini.

“Generasi baharu perlu memiliki semangat yang kental. Perlu ada keberanian untuk memastikan negara kita kekal merdeka.

“Justeru, mereka perlu mengisi kemerdekaa­n ini sebagai tanda sayang terhadap negara dan syukur atas perjuangan pemimpin terdahulu bagi menuntut kemerekaan,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penerangan dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah kerana berjaya mengadakan program bagi mengisi kemerdekaa­n.

Beliau berharap program sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan dengan melibatkan lebih ramai lagi pihak agar ia dapat meningkatk­an lagi semangat patriotism­e dalam kalangan rakyat.

Seramai 120 orang menyertai Program Nostalgia Kembara Merdeka Berkeretap­i Tanjung Aru ke Beaufort itu.

 ??  ?? LAUNG: Para tetamu kehormat melaungkan ‘Merdeka’ sempena majlis itu.
LAUNG: Para tetamu kehormat melaungkan ‘Merdeka’ sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia