Utusan Borneo (Sabah)

Guna barangan kitar semula sebagai hiasan Hari Kemerdekaa­n

-

MIRI: Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru meraikan sambutan Hari Kemerdekaa­n dengan menghias persekitar­an sekolah menggunaka­n lambang bendera.

Menurut jurucakap sekolah tersebut, menariknya perhiasan bertemakan kemerdekaa­n itu diperbuat daripada barangan kitar semula seperti botol air mineral, tayar kereta dan buluh.

Aktiviti bermula pada akhir Ogos dan diteruskan sehingga bulan ini melibatkan 90 guru dan kakitangan serta 870 pelajar.

Warga sekolah bekerjasam­a menghias sekolah dengan tema kemerdekaa­n tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih’.

Aktiviti ini adalah untuk menanam semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar di samping menerapkan amalan kitar semula.

 ??  ?? MENARIK: Botol air mineral dikitar semula sebagai perhiasan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia di SMK Baru.
MENARIK: Botol air mineral dikitar semula sebagai perhiasan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia di SMK Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia