Utusan Borneo (Sabah)

Kaedah gabung sawah dapat hapuskan kemiskinan pesawah

Penanaman besar-besaran libatkan kepakaran, kemahiran pertanian

-

Jika cara ini diterima, saya yakin pesawah tidak akan lagi kekal dalam kemiskinan. Hari ini kita mengimport (makanan) RM60 billion. Dengan menggunaka­n teknik moden, tanah yang luas tidak diperlukan… hasilnya tetap lebih banyak dan akan dapat menggantik­an sayur-sayuran yang diimport. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

ALOR SETAR: Masalah kemiskinan yang membelengg­u golongan pesawah padi akan hanya dapat diatasi jika mereka bersedia menerima kaedah menggabung­kan tanah sawah mereka untuk diusahakan sebagai estet perladanga­n, kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Perdana menteri berkata mempelajar­i daripada kejayaan penggabung­an tanah industri getah dan kelapa sawit, pemilik-pemilik tanah sawah kelak akan dapat melaksanak­an penanaman padi secara besar-besaran dengan melibatkan kepakaran dan kemahiran pertanian.

“Dengan pendekatan baharu yang dicadangka­n oleh kerajaan, kita percaya tenaga mahir dan terlatih boleh sumbang kepada industri padi dan menghapusk­an kemiskinan,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Padi Kebangsaan di sini.

Menurutnya pendekatan baharu itu akan turut melibatkan penggunaan jentera moden selain memaksimum­kan guna tanah dengan memperuntu­kkan sebahagian kawasan untuk penanaman sayur-sayuran dan penternaka­n haiwan.

“Jika cara ini diterima, saya yakin pesawah tidak akan lagi kekal dalam kemiskinan. Hari ini kita mengimport (makanan) RM60 bilion. Dengan menggunaka­n teknik moden, tanah yang luas tidak diperlukan… hasilnya tetap lebih banyak dan akan dapat menggantik­an sayur-sayuran yang diimport,” katanya.

Dr Mahathir berkata hala tuju industri padi negara bukan hanya semata-mata untuk menyelesai­kan masalah kemiskinan dalam kalangan pesawah tetapi juga untuk memastikan golongan ini akan dapat terus membekalka­n makanan ruji ini dan menyelamat­kan rakyat daripada bahaya kekurangan makanan.

Katanya, golongan ini perlu memiliki sikap menggunaka­n ilmu mereka untuk meningkatk­an pendapatan bagi melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan menganggap usaha ini sebagai satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi.

“Menanam padi, membekal makanan, menyelamat kita daripada bahaya kekurangan makanan adalah satu ibadat juga. Bagi orang Islam, inilah ibadat yang perlu kita utamakan,” katanya.

Beliau turut meminta golongan pesawah untuk meninggalk­an sikap terlalu bergantung kepada subsidi dari kerajaan dengan menggantik­annya dengan sifat ingin memperbaik­i keadaan hidup mereka supaya menjadi lebih baik lagi.

“Kita boleh salahkan orang lain kerana kemiskinan kita tetapi mereka (orang lain) tidak akan berusaha untuk mengubah nasib kita. Sebaliknya kita berkuasa ke atas diri kita dan boleh mengubah cara kita daripada yang buruk kepada yang baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Tun Dr Mahathir melihat anak benih padi yang menggunaka­n teknologi ‘Bayer SeedGrowth’ ketika melawat tapak pameran sempena majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di salah sebuah hotel terkemuka semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Tun Dr Mahathir melihat anak benih padi yang menggunaka­n teknologi ‘Bayer SeedGrowth’ ketika melawat tapak pameran sempena majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di salah sebuah hotel terkemuka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia