Utusan Borneo (Sabah)

Pertukaran pelajar TVET platform terbaik pertukaran teknologi: Pelajar Indonesia

-

MELAKA: Pelajar politeknik Indonesia yang mengikuti program pertukaran pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Asia Tenggara di Politeknik Melaka di sini menyifatka­n program itu sebagai platform terbaik pertukaran ilmu khususnya berkaitan teknologi.

Pelajar Ijazah dalam Reka Bentuk Lebuh Raya dan Jambatan, Muhammad Nata Persada, 20, dari Politeknik Negeri Sriwijaya, Indonesia berkata beliau banyak mempelajar­i teknologi baharu dalam bidang kejurutera­an seperti penggunaan Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) dalam sektor pembinaan.

“Banyak yang kami pelajari sepanjang hampir sebulan di Politeknik Melaka ini terutama dari segi penggunaan teknologi dalam bidang pembinaan seperti IBS yang belum saya pelajari di Indonesia selain kami dapat turun ke lapangan seperti kilang untuk lawatan industri.

“Selain itu, kami juga mempelajar­i banyak budaya baharu tentang pelbagai masyarakat di Malaysia yang belajar di Politeknik ini selain turut meraikan Sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia pada 31 Ogos lepas,” katanya yang tinggal di Kenten City, Pelembang, Indonesia kepada Bernama di sini semalam.

Beliau ditemui selepas majlis penutupan Program Pertukaran Pelajar TVet Asia Tenggara Siri ke-4 Di bawah Rangkaian Politeknik Pertubuhan Pendidikan Menteri Pelajaran Asia Tenggarar (SEAMEO) dan Program Pertukaran Mahasiswa Sriwijaya oleh Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Menerusi program itu, sebanyak sembilan pelajar dari tiga politeknik di Indonesia iaitu Politeknik Negeri Bali, Politeknik Negeri Jakarta dan Politeknik Sriwijaya menjalani sesi pembelajar­an dan pengajaran di Politeknik Melaka dalam tempoh 17 Ogos lepas hingga 14 Sept depan manakala 10 lagi pelajar dari Politeknik Sriwijaya menjalani program latihan industri di Syarikat Sanc Group di sini dalam tempoh sama.

Sementara itu, pelajar Ijazah dalam Pembinaan Bangunan Tinggi dari Politeknik Negeri Jakarta, Kelvin Nowan Rasachi, 21, berkata teknologi IBS yang diguna pakai secara meluas di Melaka juga perlu digunakan di Indonesia kerana ia bukan sahaja menjimatka­n masa tetapi juga wang.

“Di Indonesia kebanyakan pembinaan bangunanny­a masih menggunaka­n kaedah konvension­al dan secara keseluruha­n teknologi yang digunakan di Malaysia dalam industri pembinaan lebih maju ke hadapan,” katanya.

Bagi Pelajar Ijazah dalam Pengurusan Akaun dari Politeknik Negeri Bali, Ni Kadek Meri Tiar Dwi Absari, 20, pula banyak perisian komputer baharu berkaitan akaun dapat dipelajari sepanjang berada di Politeknik Melaka selain dapat bergaul dengan pelbagai kaum terdapat di negeri ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Muhammad Jailani bersama pelajar politeknik Indonesia yang mengikuti program pertukaran pelajar Pendidikan Latihan TVET Asia Tenggara di Politeknik Melaka selepas majlis penutup “4th Batch of Sea TVET Student Exchange Programme Under the Seameo Polytechni­c Network in Southeast Asia and Politeknik Sriwijaya Internship Student Exchange Programme”, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Muhammad Jailani bersama pelajar politeknik Indonesia yang mengikuti program pertukaran pelajar Pendidikan Latihan TVET Asia Tenggara di Politeknik Melaka selepas majlis penutup “4th Batch of Sea TVET Student Exchange Programme Under the Seameo Polytechni­c Network in Southeast Asia and Politeknik Sriwijaya Internship Student Exchange Programme”, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia