Utusan Borneo (Sabah)

Tanam padi skala besar: Kerajaan pertimbang pandangan pakar perladanga­n

-

AL O R SET A R: Kerajaan sudah mendengar pandangan daripada salah seorang bekas peneraju syarikat perladanga­n negara yang boleh menjadi rangka melaksanak­an program perladanga­n padi berskala besar.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, semalam berkata Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Bakke Salleh membentang­kan cadangan berhubung percantuma­n tanah yang boleh diaplikasi­kan dalam penanaman padi secara besar-besaran.

“Dia (Mohd Bakke) biasa dengan pengurusan ladang ladang sawit dan getah dan dia telah menulis sebuah paper (kertas kerja) berkenaan dengan cara-cara nak cantumkan tanah supaya jadi lebih besar tapi tidak terhad kepada padi sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Padi Kebangsaan di sini.

Menurutnya cadangan berkenaan boleh diaplikasi­kan dalam keadaan dihadapi oleh golongan pesawah di negara ini yang sebahagian besarnya merupakan orang Melayu, yang setiap seorangnya memiliki saiz bidang tanah yang terhad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia