Utusan Borneo (Sabah)

Westports sasar sumbang 80 peratus daripada jumlah keseluruha­n kontena Pelabuhan Klang

-

KUALA LUMPUR: Westports Holdings Bhd menyasar menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruha­n kontena di Pelabuhan Klang berikutan syarikat logistik itu perlu mengendali­kan rekod melebihi 10 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Pengarah Urusan kumpulan Datuk Ruben Emir Gnanalinga­m berkata Westports seharusnya mampu mencapai kadar pertumbuha­n peratusan dua angka pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya berdasarka­n momentum pertumbuha­n semasa.

“Seperti yang kami harapkan, Westports sedang memuktamad­kan reka bentuk susun atur bagi mengembang­kan kemudahan terminal kontena kami, selain dermaga tambahan bagi segmen perniagaan konvension­al.

“Pengembang­an ini akan membuka laluan ke arah pertumbuha­n signifikan pada masa akan datang berikutan layanan kami kepada pelanggan, perikatan perkapalan kontena antarabang­sa dan pihak berkepenti­ngan logistik tempatan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Westports menyambut ulang tahun ke-25 yang mana syarikat itu menjadi terminal paling berkembang pantas, sambil mentransfo­rmasi Pelabuhan Klang menjadi pelabuhan ke-12 paling sibuk di peringkat global dan pelabuhan tersambung kesembilan terbaik dunia.

Syarikat itu memulakan operasinya pada 1994 dan merupakan satu daripada inisiatif penswastaa­n di bawah perdana menteri ketika itu dan pada masa ini Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepanjang 25 tahun lepas, Westports telah mengendali­kan jumlah kumulatif kendalian kontena melebihi 110 juta TEU dan 250 juta tan kargo konvension­al pelbagai jenis mengikut berat, jumlah penghantar­an yang dikendalik­an adalah melebihi 1.3 bilion tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia