Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan penduduk Australia meninggalk­an rumah, polis siasat kebakaran mencurigak­an

-

SYDNEY: Ratusan penduduk Australia meninggalk­an rumah mereka di wilayah timur semasa 149 kebakaran memusnahka­n beberapa bahagian di Queensland dan New South Wales (NSW), kata pihak berkuasa semalam.

Angin kuat telah memarakkan lagi kebakaran semak di dua negeri Australia sejak kelmarin, dengan api yang berada di luar kawalan di beberap kawasan, memusnahka­n ribuan hektar tanah.

Sekurang-kurangnya lapan daripada kebakaran itu adalah mencurigak­an dan akan disiasat, Pesuruhjay­a Polis Queensland Katrina Carroll memberitah­u wartawan.

“Sebahagian daripada kebakaran itu telah melibatkan kanak-kanak yang bermain dan kesannya adalah teruk serta… sebahagian lagi adalah disengajak­an dan berniat jahat,” jelas beliau.

“Akibat daripada sebahagian kebakaran ini adalah teruk. Orang boleh terkorban. Bangunan dan rumah telah musnah.”

Di wilayah timur laut Queensland sahaja, paras kelembapan yang rendah, angin kuat dan tumbuh-tumbuhan yang kering kontang telah menyebabka­n 85 kebakaran lagi yang memusnahka­n atau merosakkan 84 rumah di sekitar negeri, kata pegawai perkhidmat­an bomba.

Terdapat lebih 400 orang yang berada di pusat pemindahan, pemangku perdana menteri Queensland, Jackie Trad memberitah­u wartawan. Beliau menambah bahawa tiada laporan mengenai kematian atau kehilangan.

“Selain dari Sunshine Coast, kami masih lagi melihat api di seluruh negeri,” jelas beliau.

Di kawasan berhampira­n New South Wales, anggota bomba sedang berdepan dengan 55 kebakaran dan kira-kira lima kawasan hartanah disahkan musnah, kata Perkhidmat­an Bomba Luar Bandar NSW kelmarin. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MARAK: Gambar serahan AAP menunjukka­n anggota bomba berusaha memadam kebakaran semak di Peregian Springs di Sunshine Coast, Australia, kelmarin.
— Gambar Reuters MARAK: Gambar serahan AAP menunjukka­n anggota bomba berusaha memadam kebakaran semak di Peregian Springs di Sunshine Coast, Australia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia