Utusan Borneo (Sabah)

kembali gegarkan Padang Bandaran Keningau esok

- Oleh Henry Bating

SEKALI lagi Padang Bandaran Keningau bakal bergegar dengan pelbagai program pada 12-16 September ini sempena Karnival Gegar Keningau V4.0 kali ke-4. Pengarah program Rafie Robert berkata, karnival anjuran Kelab Belia Keningau itu turut mendapat dukungan Pejabat Daerah, Perbendaha­raan Malaysia Sabah (PMS), Majlis Daerah, North Borneo Empire dan Training Academy. “Program ini merupakan anjuran tahunan bersempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Keningau yang diadakan berkonsep karnival,” katanya kepada media kelmarin. Menurut beliau, majlis perasmian akan diadakan pada 12 September bermula 7 malam yang akan disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony. Kalangan artis popular bakal menggegark­an pentas padang bandaran melibatkan Ismail Izanni, Hosiani Keewon, Aprillisa Sue Ann, Jess Joel Moriga, Santiana Ramli serta Sumarli dan Gaman. Demi mendukung program mega ini, sebanyak 32 jabatan dan agensi kerajaan membuka gerai masing-masing bagi menyalurka­n perkhidmat­an kepada orang ramai sementara hampir 100 usahawan tempatan turut mempromosi dan menjual produk mereka bagi meningkatk­an jualan. Pelbagai program lain turut disusun untuk memberi penglibata­n kepada semua peringkat umur seperti Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak, Pertanding­an Nyanyian Kanak-Kanak, Pertanding­an Beyblade Kanak-Kanak dan Pertanding­an Pidato. Turut diadakan ialah Pertanding­an Modern Dance, Pertanding­an Kugiran, Pertanding­an Orang Kuat, Pertanding­an Gusti Lengan, Pertanding­an Badan Cantik dan Pertanding­an Tarian Etnik Kreatif. Persembaha­n kesenian lain turut diadakan seperti Persembaha­n Buskers, Fitness Fiesta, Persembaha­n Band Mobs, Kayuhan Hari Malaysia, Auto-Show dan Konsert Gegar Keningau. Konsert Gegar Keningau V4.0 bakal menampilka­n artisartis tempatan seperti K-Clique, Benzooloo, Atmosfera, Zackiddin, Chychy & Ryna ft. Bluemoon Band, Max White ft. NBE Band, Suistereo serta Emcee Lotter, Aegy dan Bob. Rafie menjelaska­n keseluruha­n tenaga penganjur program dikendalik­an kalangan belia setempat bagi membuka ruang kepada mereka mencurahka­n idea dan pandangan dalam melaksanak­an program yang dirancang. Beliau menjemput orang ramai hadir memeriahka­n Karnival Gegar Keningau V4.0 itu bagi merealisas­ikan sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Daerah Keningau.

 ??  ?? RAFIE MERIAH: Suasana Gegar Keningau tahun lalu.
RAFIE MERIAH: Suasana Gegar Keningau tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia