Utusan Borneo (Sabah)

Polis beri amaran pihak promosi modifikasi motosikal

-

BUKIT MERTAJAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada semua pihak termasuk golongan artis agar menghentik­an aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram dan melanggar undang-undang sekiranya tidak mahu berdepan tindakan tegas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata aktiviti tidak sihat itu dikesan memberi dorongan kepada pengguna motosikal lain terutama remaja untuk mengubah suai kenderaan mereka dan terlibat dalam kegiatan tidak sihat seperti lumba haram dan sebagainya.

“Saya sendiri ada mendengar mengenai kumpulan dan artis yang mempunyai laman sosial sendiri bagi menyiarkan video mengenai modifikasi haram yang dilakukan mereka terutama motosikal daripada jenis Y15ZR yang lebih dikenali sebagai Ysuku itu.

“Saya beri amaran kepada semua pihak sama ada individu atau artis, hentikan aktiviti mempromosi modifikasi motosikal secara haram terutama daripada jenis Yamaha Y15ZR yang dilihat semakin menjadijad­i dan jika ingkar mereka berdepan tindakan undangunda­ng,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau ditemui pada Majlis Penutup Kempen Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya inisiatif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Flex Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T. Narenasaga­ran.

Turut hadir Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohamed Azman Aziz Mohammed.

Azisman berkata polis menerusi unit khas Skuad 42 yang bertujuan memerangi kumpulan mat rempit akan menjalanka­n siasatan dan mengumpul bukti bagi menahan mereka yang terlibat dalam gejala mempromosi aktiviti tidak sihat.

“Pegawai dan anggota polis itu akan menyamar sebagai orang awam termasuk menjadi geng mat rempit sebelum mengekori mereka dan mengambil gambar serta video sebagai bukti kegiatan modifikasi serta lumba haram sebelum mendakwa mereka di mahkamah.

Itu pendekatan polis sekarang ini dan kami tidak lagi hanya menjalanka­n operasi secara terang-terangan dan terbuka sebaliknya dengan menyamar serta mengumpul maklumat lengkap dan seterusnya tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata purata kemalangan maut direkodkan di negara ini adalah antara 16 hingga 17 kes setiap hari dengan 65 peratus daripadany­a membabitka­n penunggang motosikal.

Menurutnya, situasi terkini menunjukka­n kebanyakan kemalangan membabitka­n penunggang motosikal yang berpunca daripada kegagalan mengawal kenderaan selain tidak mengikut peraturan jalan raya terutama had laju yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia