Utusan Borneo (Sabah)

SK Kunak 1 semai cintakan negara

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Semarak Rukun Negara 2019

- Sumbangan Lani M. Antarawi

LEBIH 600 orang menyertai Larian Sayangi Malaysiaku Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak 1 yang dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m sekolah berkenaan.

Larian yang bermula di padang sekolah itu dimulakan dengan senamrobik Sayangi Malaysiaku-Malaysia Bersih terdiri daripada pentadbir sekolah, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, guru-guru dan murid tahun 3, 4, 5 dan 6.

Para peserta Larian Sayangi Malaysiaku menlintasi kawasan pejabat jabatan awam, kampung dan pekan daerah Kunak sambil mengibarka­n Jalur Gemilang dan melaungkan kata keramat ‘Merdeka’.

Guru Besar SK Kunak 1 Abdul Mohmin Kadir berkata, larian itu bertujuan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan warga guru dan murid SK Kunak 1 amnya.

“Penglibata­n guru dalam larian ini amat penting untuk menyampaik­an amanah kepada murid sekolah yang menjadi pewaris betapa pentingnya menjaga keamanan dan kemerdekaa­n negara Malaysia tercinta,” katanya.

Beliau berharap agar semua warga pendidik dan murid SK Kunak 1 yang berbilang kaum dan agama dapat menjalani kehidupan yang bersatu padu dan berganding bahu dalam mencapai kejayaan dalam akademik sempena berlangsun­gnya peperiksaa­n awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serentak dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Semarak Rukun Negara 1 Ogos hingga16 September.

Sementara itu, Pengurus Program Delsinya Delman berkata, program itu telah dilaksanak­an semenjak 2016 dan tahun ini merupakan tahun yang ke-4 dengan bantuan guruguru dari setiap rumah sukan yang ada di SK Kunak 1.

Beliau amat teruja kerana setiap kali program dilaksanak­an akan memberi impak yang positif kepada warga sekolah walaupun sibuk dengan pengajaran di bilik darjah.

“Guru-guru dan murid dapat melaksanak­an aktiviti di sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Semarak Rukun Negara yang berlangsun­g dari 1 Ogos hingga 16 September di sekolah,” katanya.

Program larian kali ini diselitkan dengan beberapa acara yang dipertandi­ngkan iaitu warna-warni cilik yang disertai oleh murid prasekolah serta murid tahun 1 dan 2.

Johan kategori prasekolah dimenangi oleh Nur Fateahah Mardia Abdullah, johan Tahun 1 dimenangi oleh Mohd Akmal Mohd Faizan dan johan Tahun 2 dimenangi oleh Nur Hani Alisya Bakri.

Sementara itu, pertanding­an Swafoto Merdeka dimenangi oleh rumah sukan Phoenix dan pertanding­an Ucapan Paling Patriotik dimenangi oleh rumah sukan Draco.

Acara kemuncak program larian adalah pertanding­an busana etnik patriotik yang disertai oleh 10 finalis prasekolah SK Kunak 1.

Johan busana patriotik kategori perempuan dirangkul oleh Nur Fazilah Imani Fazlan dengan memakai busana kaum Dusun Tambunan dan kategori lelaki dimenangi oleh Muhammad Izzhilmy Mohamat dengan busana kaum Bugis.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah berupa trofi. Johan akan mewakili SK Kunak 1 ke pertanding­an Semarak Merdeka Peringkat Daerah Kunak pada 28 September ini di Dewan Ibnu Sina, SK Kunak 1.

Penyampaia­n hadiah dan trofi telah disempurna­kan oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Kunak 1 Mohd Shukari Ismail dan Penolong Kanan Petang Hainon Hajirul.

 ??  ?? LARIAN: Abdul Mohmin (berlari, dua dari kiri) bersama wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, guru-guru dan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SK Kunak 1 melintasi kawasan pekan Kunak.
LARIAN: Abdul Mohmin (berlari, dua dari kiri) bersama wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, guru-guru dan murid tahun 3, 4, 5 dan 6 SK Kunak 1 melintasi kawasan pekan Kunak.
 ??  ?? PATRIOTIK: 10 finalis prasekolah SK Kunak 1 memakai busana etnik patriotik.
PATRIOTIK: 10 finalis prasekolah SK Kunak 1 memakai busana etnik patriotik.
 ??  ?? TAHNIAH: Rumah sukan Draco pemenang ucapan paling patriotik.
TAHNIAH: Rumah sukan Draco pemenang ucapan paling patriotik.
 ??  ?? SEMANGAT: Shukari (tengah) dan murid-murid SK Kunak 1 memulakan Larian Sayangi Malaysiaku.
SEMANGAT: Shukari (tengah) dan murid-murid SK Kunak 1 memulakan Larian Sayangi Malaysiaku.
 ??  ?? SEGAK: Izzhilmy johan kategori lelaki memakai busana kaum Bugis.
SEGAK: Izzhilmy johan kategori lelaki memakai busana kaum Bugis.
 ??  ?? CANTIK: Fazilah Imani johan kategori perempuan berpakaian busana Dusun Tambunan dihiasi Jalur Gemilang.
CANTIK: Fazilah Imani johan kategori perempuan berpakaian busana Dusun Tambunan dihiasi Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia