Utusan Borneo (Sabah)

Ketua masyarakat bertanggun­gjawab sebagai ‘jambatan’ pembanguna­n

-

SRI AMAN: Ketua masyarakat berperanan sebagai ‘jambatan’ kepada kerajaan untuk menyampaik­an maklumat tepat mengenai dasardasar pembanguna­n yang disalurkan kepada rakyat.

“Pembanguna­n yang berterusan amat penting bagi rakyat yang tinggal di sesebuah kawasan dan sekiranya rakyat tidak mengambil peduli akan masa depan mereka maka mereka akan ketinggala­n daripada arus pembanguna­n kerajaan.

“Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak termasuk ketua-ketua masyarakat di rumah-rumah panjang amat diperlukan sebagai jambatan kepada kerajaan menyampaik­an maklumat yang tepat tentang dasar-dasar pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan,” kata Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Daerah Sri Aman Temenggung Samuel Lawen.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada dialog anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Iban di Rumah Mancha, Tawang Tanjung Bijat, dekat sini baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia