Utusan Borneo (Sabah)

Kes HFMD meningkat di Sabah dan Sarawak

Jumlah kes terkumpul HFMD sehingga 31 Ogos masing-masing 5,803 dan 10,082 kes

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukan peningkata­n di Sabah dan Sarawak tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata jumlah kes terkumpul HFMD bagi Sabah dan Sarawak sehingga 31 Ogos lalu masing-masing sebanyak 5,803 dan 10,082 kes.

“Jumlah terkumpul kes HFMD bagi seluruh negara sehingga 31 Ogos ialah sebanyak 41,741. Sabah dan Sarawak mencatat kes tertinggi bagi tahun ini.

“Berlaku peningkata­n kes HFMD di kedua-dua negeri ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Dr Lee memberitah­u,

Jumlah terkumpul kes HFMD bagi seluruh negara sehingga 31 Ogos ialah sebanyak 41,741. Sabah dan Sarawak mencatat kes tertinggi bagi tahun ini. Dr Lee Boon Chye Timbalan Menteri Kesihatan

peningkata­n kes berlaku pada awal tahun ini namun peningkata­n itu tidak membimbang­kan kerana tidak berkaitan dengan jangkitan Enteroviru­s 71 (EV71).

“Kebanyakan kes HFMD ini tidak membimbang­kan. Tiada kes di mana pesakit dimasukan ke ICU dan tiada kematian dilaporkan akibat HFMD setakat ini,” jelasnya.

Bagi mencegah penularan HFMD, beliau menasihati ibu bapa agar sentiasa menjaga kebersihan anak-anak.

Sementara itu, Selangor mencatat 8,080 kes HFMD, Kuala Lumpur (3,297), Perak (2,961), Pulau Pinang (2,311), Johor (1,856), Kelantan (1,312), Negeri Sembilan (1,190), Kedah (1,156), Labuan (1,128), Melaka (1,085), Pahang (946), Terengganu (326) da Perlis (208).

 ??  ?? PERIKSA: Gambar fail menunjukka­n petugas perubatan memeriksa kanak-kanak bagi mengesan tanda-tanda HFMD.
PERIKSA: Gambar fail menunjukka­n petugas perubatan memeriksa kanak-kanak bagi mengesan tanda-tanda HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia