Utusan Borneo (Sabah)

PISPA Kolej Komuniti Sarawak naib juara ‘Skill Challenge’

-

MIRI: Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Sarawak muncul naib juara ‘Skill Challenge’ pada Himpunan Pertahanan Awam (HIPA) 4.0 Kebangsaan 2019 di Perak, yang berakhir kelmarin.

Jurucakap Kolej Komuniti Miri Osman Ahmad berkata, ia disertai 98 anggota PISPA dengan 14 pengurus pasukan daripada 13 kolej komuniti di seluruh negara.

Pasukan Sarawak diwakili Edgar Gerasi Teddy, Muhammad Jeffery Hasbiaton Ramlan, Fairul Azim Zawawi, Nur Dilaila Dilah, Alex Alvin Renang, Ellmurphy Anget dan Nuraziera Abdullah.

Pertanding­an bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal serta jati diri PISPA, selain penilaian akademik.

Antara acara yang dipertandi­ngkan adalah ‘Skill Challenge’ iaitu melawan kebakaran, ujian ketahanan mengalihka­n tayar, menyelimut dan mengusung mangsa dan sebagainya.

Kejayaan naib juara itu katanya, adalah hasil kolaborati­f APM Negeri Sarawak Khususnya APM Daerah Miri, Bau dan Kuching.

Latihan yang dijalankan sebelum ke pertanding­an telah dikendalik­an jurulatih bertauliah dalam kalangan APM daerah itu sendiri.

Ia menunjukka­n hubungan erat di antara APM dan Kolej Komuniti telah dibentuk sekian lama menerusi latihan secara berkala di Pusat Latihan APM daerah.

“Kejayaan PISPA Kolej Komuniti Sarawak ini sebagai pembakar semangat kepada pelajar kolej komuniti untuk mengikuti aktiviti beruniform yang diuruskan oleh Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti masing-masing,” jelasnya.

Bahkan ia diharap dapat menarik lebih ramai lepasan SPM untuk memilih Kolej Komuniti untuk meningkatk­an pendidikan seiring dengan pemerkasaa­n TVET dan penerapan instrumen pendidikan berkemahir­an selaras dengan hala tuju Revolusi Industri 4.0.

Selain elemen pendidikan, nilai kerohanian dan ketahanan jati diri juga diterapkan melalui aktiviti-aktiviti seumpama ini.

Sebagai menyahut cabaran PISPA Kolej Komuniti Sarawak akan terus berusaha untuk menjadi juara pada penganjura­n HiPA 5.0 yang akan diadakan pada 2020.

Majlis perasmian disempurna­kan Ketua Pesuruhjay­a Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab dan Laftenan Kolonel Bersekutu (PA) Zainab Ahmad mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Turut diadakan ialah Majlis Pentauliah­an dan Pemakaian Pangkat Pegawai Bersekutu kepada 10 pengarah Kolej Komuniti.

 ??  ?? CIPTA KEJUTAN: Pasukan Pispa Kolej Komuniti Sarawak meraikan kemenangan selepas muncul naib juara ‘Skill Challenge’ pada Himpunan Pertahanan Awam (Hipa) 4.0 Kebangsaan yang berakhir kelmarin.
CIPTA KEJUTAN: Pasukan Pispa Kolej Komuniti Sarawak meraikan kemenangan selepas muncul naib juara ‘Skill Challenge’ pada Himpunan Pertahanan Awam (Hipa) 4.0 Kebangsaan yang berakhir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia