Utusan Borneo (Sabah)

Pencuci kereta mengaku salah rotan dua anak perempuan

-

KUALA LUMPUR: Seorang pencuci kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan mencederak­an dua anak perempuann­ya hingga meninggalk­an kesan rotan pada bahagian tangan dan belakang badan, Mei lepas.

Tertuduh yang berumur 34 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hak jagaan didakwa menyebabka­n kecederaan ke atas dua anaknya yang berusia 10 tahun dan enam tahun dengan kesan rotan pada bahagian tangan kanan dan belakang badan.

Dia yang tidak diwakili peguam itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Wangsa Maju, di sini pada 10 pagi, 12 Mei lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk menyediaka­n fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan dan mahkamah menetapkan 17 Sept untuk menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia