Kerajaan komited banteras rasuah: Latheefa

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Kerajaan memandang serius dan komited dalam membantera­s gejala rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata, pihaknya sentiasa menerima sebarang aduan berkaitan rasuah dan sekiranya aduan itu jelas, tindakan segera akan diambil untuk menjalanka­n siasatan.

“Orang ramai mula membuat aduan mengenai kes rasuah, namun siasatan tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

“Bagi SPRM memulakan siasatan, aduan atau informasi yang disalurkan perlu disertakan dengan bukti agar kita dapat mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS), semalam.

Menurut Latheefa, tujuan kunjungan adalah untuk membincang­kan hal-hal berkaitan pencegahan rasuah di Sabah serta menawarkan penempatan seorang pegawai kanan SPRM di Jabatan Ketua Menteri.

“Penempatan ini adalah untuk memantau dan memastikan tidak ada sebarang aktiviti rasuah yang berlaku dan juga penyalahgu­naan kuasa dalam soal tadbir urus kerajaan negeri,” katanya. Hadir sama, Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah Dato Sazali Salbi.

SIDANG MEDIA: Latheefa ketika bercakap dengan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.