MAYAT KEDUA DITEMUKAN

Ditemukan terapung di pesisiran pantai Pulau Sari Besar

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Mayat kedua dari tiga pemancing yang hilang di perairan Lawas Isnin lalu ditemukan pagi kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, mayat kedua dikenal pasti sebagai Faruk Arina Ahmad Sabri, 29, ditemukan kira-kira jam 11 malam kelmarin.

“Mayat ditemukan dalam keadaan terapung oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Punang bersama penduduk kampung di pesisiran pantai Pulau Sari Besar di sini.

“Mayat mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dipertingk­atkan lagi dengan menggunaka­n pesawat Bombadier 415MP milik Maritim Malaysia dengan dibantu agensi keselamata­n lain.

“Empat bot penduduk turut serta dalam pencarian bagi mencari baki seorang lagi mangsa masih hilang,” katanya.

Kira-kira jam 5 pagi Isnin, kesemua mangsa masing-masing Faruk, Yee Chon Tiong, 30, dan Mohd Amirul Bakar, 26, keluar ke laut untuk memancing di sekitar Pulau Sari.

Mereka yang menaiki bot fiber sepatutnya dijadualka­n balik jam 6 petang bagaimanap­un gagal dihubungi sebelum gerakan mencari diaktifkan jam 12 malam hari sama.

Mayat Yee berjaya ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terdampar di atas batu di perairan Sungai Labik, Sarawak seawal jam 8.35 pagi keesokanny­a.

Operasi turut dibantu beberapa agensi lain termasuk Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Polis Marin Diraja Brunei bagi bantuan untuk SAR.

MANGSA KEDUA: Mayat pemancing yang ditemukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.