Kolej Matrikulas­i Labuan perlu RM1.06 juta perbaiki kemudahan mendesak

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Henry Bating

LABUAN: Kolej Matrikulas­i Labuan (KML) memerlukan peruntukan RM1.06 juta untuk memperbaik­i pelbagai kemudahan kampus itu yang kini berada dalam keadaan daif dan tidak selesa sebagai gedung ilmu lebih 3,000 pelajar.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata pihaknya akan mengajukan permintaan khusus kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia serta Kementeria­n Kewangan Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keperluan berkenaan dalam Bajet 2020.

“Kita difahamkan kolej berkenaan telah menerima peruntukan pembaikan fizikal tahun ini namun hanya dapat menampung sebahagian kecil dari keseluruha­n pembaikan yang mendesak,” katanya.

Rozman seterusnya menyatakan pihaknya juga akan menjemput Menteri Pendidikan Datuk Dr Maszlee Malik untuk datang ke Labuan bagi melakukan tinjauan antara lain keadaan fizikal kampus KML.

Ketika tinjauan dan taklimat dijalankan, Pengarah KML Mohd Idris Omar memberitah­u Rozman bahawa pelbagai kemudahan mendesak perlu diperbaiki meliputi kolej kediaman pelajar, bangunan perkuliaha­n, distribusi perpaipan, kumbahan, masjid dan pagar kampus.

Rozman berharap kepada kalangan pensyarah dan staf kampus berkenaan agar tetap sabar dan kreatif menangani keadaan sehingga usaha-usaha memperoleh peruntukan mencukupi dapat ditangani.

TINJAU: Rozman (tiga kanan) ketika melawat KML.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.