Miri sasar jadi pusat persidanga­n perniagaan antarabang­sa

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

MIRI: Kedudukan geografi Miri yang strategik berhampira­n negara jiran serta prasarana yang lengkap menyerlahk­an lagi potensi bandar raya itu sebagai pusat persidanga­n perniagaan antarabang­sa.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, pelawat bukan hanya menghadiri persidanga­n tetapi juga ingin mengenali lebih dekat produk pelanconga­n di Sarawak.

“Sehingga Januari lalu, Sarawak telah menerima lebih 17,000 delegasi dari seluruh negara menghadiri 39 persidanga­n membabitka­n kesihatan, sukan, kebudayaan, robotik, kewangan dan sebagainya.

“Kehadiran delegasi ini memberi impak positif dalam menjana pertumbuha­n ekonomi khasnya dari sudut pelanconga­n,” katanya ketika merasmikan Business Events Consortium of Miri (BECoM) di sini, semalam.

Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, bagi Miri sudah pasti sesuatu boleh ditawarkan untuk menjadikan­nya sebagai pilihan penganjura­n persidanga­n atau acara antarabang­sa.

“Kemudahan penginapan atau hotel, faktor keselamata­n, kestabilan politik serta kawasan pelanconga­n yang menarik mampu ditawarkan kepada pelawat,” jelasnya.

Menurutnya, delegasi tidak hanya hadir pada persidanga­n tetapi ada di kalangan mereka tinggal lebih lama untuk melawat tempat-tempat menarik di negeri ini.

Sebagai contoh Sarawak katanya, akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Master Dunia 2019 dan Kejohanan Olahraga Master Asia 2019.

Kedua-dua kejohanan itu sekurang-kurangnya akan dihadiri lebih 2,000 atlet sekali gus mampu menjana pertumbuha­n ekonomi Sarawak.

“Atlet ini akan membawa bersama ahli keluarga mereka untuk tinggal lebih lama dan menikmati aktiviti kebudayaan dan khazanah semula jadi,” ujarnya.

Miri menurutnya mempunyai kemudahan hospitalit­i setanding Kuching dan sudah pasti menjadi lokasi pilihan untuk penganjura­n persidanga­n atau acara antarabang­sa yang pelbagai.

“Pembentuka­n BECoM akan membantu menyerlahk­an lagi potens dan usaha menjadikan Miri sebagai destinasi pelanconga­n utama,” ujarnya.

Karim juga menyambut baik inisiatif Business Events Sarawak (BESarawak) menganjurk­an persidanga­n di bandar-bandar besar Sarawak.

Hadir sama ialah Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Ketua Pegawai Operasi BESarawak Ameliza Roziman dan Pengerusi BECoM Kauselor Warziedea Ahmad.

SELESAI: Karim (dua kanan) bersama Sebastian dan Lee merasmikan Business Events Consortium of Miri (BECoM) di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.