Pelayaran R4W Odyssey bawa misi kesedaran isu plastik sampah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pelayaran pasukan Race for Water (R4W) Odyssey bawa misi tingkat kesedaran isu pencemaran plastik ke seluruh dunia.

Dengan menyasarka­n 35 lokasi persinggah­an seluruh dunia termasuk negeri Sabah, R4W Odyssey mahu misi yang dilaksanak­an berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

Pengurus Projek R4W Odyssey (Plastic Waste to Energy) Camille Rollin berkata, misi pelayaran dengan kapal katamaran yang hanya menggunaka­n tenaga solar itu bermula pada 2017 hingga 2021.

Katanya, selain memberi kesedaran berkaitan bahaya plastik yang hanyut di laut terhadap hidupan marin dan manusia, pihaknya turut memperkena­lkan penyelesai­an untuk menukar plastik kepada tenaga melalui teknologi yang mereka hasilkan.

“Masyarakat perlu dididik untuk mengamalka­n pengurusan sisa buangan dengan lebih baik.

“Justeru, kami mahu masyarakat membudayak­an amalan memungut sampah supaya ia dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

“Teknologi yang kami perkenalka­n boleh menjimatka­n penggunaan diesel hampir sejuta liter bagi setiap satu mesin,” jelasnya ketika ditemui media di sini baru-baru ini.

Pelajar sekolah turut diberi peluang melawat kapal R4W Odyssey.

Beliau berkata, walaupun setiap mesin berkenaan hampir mencecah nilai USD4 juta namun usaha itu adalah satu pelaburan jangka panjang yang mampu membantu dalam pembanguna­n mampan.

Camille berkata, Sabah menghasilk­an sisa buangan plastik sekitar 200,000 tan setiap hari.

Sehubungan itu, katanya, jika isu berkenaan tidak diurus dengan baik, keadaan itu akan mendatangk­an masalah kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, sepanjang berada di Sabah, pihaknya turut berkesempa­tan mengadakan beberapa aktiviti bersama masyarakat sekitar bandar raya termasukla­h lawatan pelajar sekolah ke kapal R4W Odyssey dan program di Pulau Gaya.

Menurutnya, Pulau Gaya mempunyai populasi penduduk yang semakin berkembang tetapi tidak mempunyai pengurusan sisa buangan dan semua sampah masuk ke dalam lautan.

Beliau berkata, disebabkan kekurangan kesedaran dan pendidikan, penduduk di pulau itu tidak sedar tindakan dan amalan membuang sampah itu memberi impak terutama masalah kesihatan kepada mereka.

Selain itu, hasil pertemuan dengan 25 wakil kerajaan, pihak berkenaan menunjukka­n minat dengan teknologi yang diperkenal­kan oleh R4W Odyssey.

R4W Odyssey adalah sebuah yayasan memelihara sumber air khususnya lautan yang berpangkal­an di Switzerlan­d.

Misi pelayaran mereka akan diteruskan ke Pulau Palawan Filipina, China, Jepun dan Singapura sebelum meneruskan pelayaran ke Asia Tengah seperti India dan Laut Merah.

LAWATAN:

SINGGAH: Kapal katamaran yang digunakan R4W Odyssey berlabuh di Sutera Harbour Resort untuk melaksanak­an misi di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.