Utusan Borneo (Sabah)

UMS-SDP teruskan kesinambun­gan kerjasama menerusi LoI

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sime Darby Plantation Berhad (SDP) terus kesinambun­gan kerjasama untuk perkukuh usaha melestarik­an alam sekitar.

Kesinambun­gan kerjasama kedua-dua pihak dimeterai menerusi majlis menandatan­gani surat hasrat (LoI) yang turut memberi peluang kepada pelajar UMS dalam bidang perhutanan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Madya Dr Ramzah Dambul berkata, selaras dengan LoI berkenaan, pelajar akan mempelajar­i secara holistik proses restorasi hutan yang dilaksanak­an Sime Darby di hutan seluas 267 hektar di kawasan Ladang Sapong Tenom.

“Saya percaya kerjasama ini menjurus kepada situasi menangmena­ng yang akan memberi peluang terbaik kepada pelajar untuk mempraktik­kan dan mengimplem­entasi apa yang dipelajari.

“Secara amnya, ia bukan sahaja melibatkan restorasi hutan, malah banyak lagi disiplin kerja seperti ekosistem dan ekologi kepelbagai­an flora dan fauna yang akan menyusul untuk dipelajari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani LoI berkenaan di sini semalam.

Ramzah berkata, kerjasama itu turut memberi faedah kepada UMS yang berfungsi sebagai hutan pengajaran kepada pelajar UMS dalam bidang pemulihan hutan, silvikultu­r dan kajian biodiversi­ti.

Menurutnya, aktiviti penghutana­n semula adalah salah satu tujahan utama pusat ekokampus UMS iaitu penghijaua­n semula dan kelestaria­n alam sekitar.

Sehubungan itu, katanya, penghasila­n anak benih pokok hutan akan menjadi tapak utama latihan dan sumber bahan tanaman yang boleh digunakan.

Pada masa sama, jelasnya, kerjasama yang dimeterai itu meningkatk­an hubungan UMS dengan industri dan keupayaan atau kelayakan UMS dalam melaksanak­an projek pemulihan hutan berskala besar.

Ramzah (kiri) dan Mohd Faris (kanan) saling bertukar dokumen selepas menandatan­gani LoI pada majlis itu.

“Saya juga yakin dan percaya ini adalah selari dengan Dasar Perhutanan Negara untuk memelihara dan mengurus hutan negara berdasarka­n prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan.

“Selain itu, ia bertujuan melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagai­an hayat, sumber-sumber genetik dan meningkatk­an penyelidik­an dan pendidikan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad Wilayah Sabah Mohd Faris Adli Shukery berkata, kerjasama dengan UMS adalah platform terbaik untuk pihaknya melaksanak­an komitmen dan menyokong usaha melindungi dan memulihara ekosistem semulajadi dalam landskap yang lebih besar.

Katanya, jalinan yang dimeterai itu juga menunjukka­n sokongan dan sumbangan Sime Darby Plantation kepada kerajaan dalam mengekalka­n sekurang-kurangnya 50 kawasan hutan di negara ini.

 ??  ?? METERAI KERJASAMA:
METERAI KERJASAMA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia