Tun Juhar terima kunjungan Pengarah Pendakwaan Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah Khairul Anuar Abdul Halim membuat kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Menurut Khairul, kunjungan diadakan bagi memperkena­lkan diri sebagai pengarah baharu yang dilantik di Jabatan Peguam Negara Sabah (AGC) bermula Julai lepas.

“Kunjungan ini adalah tradisi Jabatan Peguam Negara Sabah (AGC) sekiranya terdapat pertukaran pengarah dalam jabatan.

“Hal ini kerana, pengarah Pendakwaan Negeri bertanggun­gjawab ke atas kes-kes yang berlaku di negeri ini,” katanya.

Beliau memberitah­u, Tun Juhar turut menyampaik­an amanat agar kerjasama baik antara AGC dan Kerajaan Sabah yang terjalin selama ini dapat diteruskan.

GAMBAR KENANGAN: Khairul dan rombongan merakam gambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah) pada akhir kunjungan.

AMANAT: Khairul (kiri) mendengar amanat daripada Tun Juhar.

BERSALAMAN: Tun Juhar (kiri) bersalaman dengan Khairul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.