Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur disyaki miliki dadah dicekup

-

BAU: Seorang penganggur ditangkap selepas disyaki memiliki dadah semasa diperiksa dalam satu operasi di Jalan Bau-Lundu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, lelaki berusia 23 tahun itu semasa ditahan memandu sebuah kereta sekitar jam 2.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaa­n yang dijalankan membawa kepada penemuan dadah jenis Ketamine dianggarka­n seberat 17.70 gram bernilai sekitar RM2,000.

“Pemeriksaa­n terhadap suspek tiada menjumpai apaapa barang yang menyalahi undang-undang.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n ke atas kenderaan suspek membawa kepada penemuan tiga peket plastik putih di atas lantai tempat duduk belakang sebelah kiri kereta tersebut.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas peketplast­iktersebut­mendapati peket pertama berisi 10 peket plastik biru setiap satu berisi ketulan kristal disyaki dadah Ketamine, peket kedua juga berisi peket plastik biru setiap satuberisi­ketulankri­staldisyak­i dadah Ketamine dan peket ketiga berisi dua peket plastik biru setiap satu berisi ketulan kristal juga disyaki dadah Ketamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Suspek yang berasal dari Taman Siniawan di sini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“BagiSeksye­n12(2),jikasabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

“Manakala bagi Seksyen 15(1)(a), jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM5000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan Perintah Pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun Seksyen 38B ADB 1952,” jelasnya.

 ??  ?? RAMPASAN: Dadah yang dirampas daripada suspek.
RAMPASAN: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia