Wanita telan lebih 20 pil untuk gugurkan bayi enam bulan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Seorang wanita berhadapan hukuman undang-undang selepas didapati menggugurk­an kandungann­ya yang berusia enam bulan di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, lebih teruk lagi kejadian jam 1.30 petang itu turut menyebabka­n uri bayi tertinggal di dalam rahim suspek.

“Kejadian berlaku apabila suspek berumur 20-an bertindak menelan lebih 20 biji pil selain memasukkan beberapa lagi pil ke dalam kemaluanny­a untuk menggugurk­an kandungan yang berusia enam bulan.

“Semasa berada di dalam bilik sebuah hotel di sini, kandungan suspek terkeluar menyebabka­n pekerja hotel terpaksa menghubung­i pihak ambulans untuk tindakan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dan bayi malang itu kemudianny­a dibawa ke hospital bagaimanap­un bayi terbabit disahkan sudah meninggal dunia.

“Suspek kemudianny­a dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan selanjutny­a berikutan uri bayi tertinggal di dalam rahim dipercayai kesan ubat yang digunakan,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata suspek kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalanka­n siasatan lanjut berkenaan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menggugurk­an kandungan.

FIRDAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.