Majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional KPM Ke-4 pada 15 September ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional (KV) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Kali Ke-4 bakal berlangsun­g pada 15 September ini di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengarah KV Beaufort merangkap Pengerusi Pengarah KV Zon Sabah & WP Labuan Abd Hafidz Pg Adnan berkata, raptai bakal berlangsun­g pada 14 September.

“Bagi pihak jawatankua­sa pelaksana, kami berharap majlis konvokesye­n yang diadakan mengikut zon ini dapat memudahkan urusan para graduan dan keluarga mereka.

“Secara keseluruha­nnya, seramai 1,152 pelajar seluruh Sabah dan Wilayah Persekutua­n (WP) Labuan bakal dianugerah­kan dengan diploma selepas berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun.

“Selain itu, graduan cemerlang mengikut program serta graduan terbaik bagi Zon Sabah dan WP Labuan bakal diumumkan sebagai pengiktira­fan dan penghargaa­n atas kejayaan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat bersama pihak UMS.

Tambah beliau, para graduan dinasihatk­an untuk mengurus keperluan seperti tempat tinggal lebih awal bagi mengelakka­n sebarang kesulitan selain sentiasa mendapatka­n info daripada penyelaras konvokesye­n mengenai sebarang perubahan dan makluman terkini.

Majlis bakal dirasmikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob.

GAMBAR KENANGAN: Abd Hafidz (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan selepas Mesyuarat Penyelaras­an Konvokesye­n Zon Sabah & WP Labuan kali ke-4.

RIADAH: Ahli Kelab Belia Flat MPS bersama penduduk Kampung Pulau Lubukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.