Utusan Borneo (Sabah)

Hap Seng terpilih untuk skim MYHome 2.0

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd (HSPD) dipilih untuk skim MYHome 2.0 kerana pencapaian menjadi pemaju terkemuka dan pengalaman selama 40 tahun sebagai pemaju perumahan.

Skim MyHome merupakan skim perumahan kerajaan untuk membantu pembeli rumah kali pertama dengan memberikan subsidi sebanyak RM30,000 atau rebat 10 peratus untuk menyelesai­kan bayaran pendahulua­n mereka.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Sri Mohammad Mentek berkata, skim itu istimewa buat rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas serta berpendapa­tan isi rumah RM15,000 dan ke bawah.

“Hartanahya­ngdisyarat­kan merupakan perumahan yang berharga RM300,001 hingga RM500,000 dan penyerahan permohonan mestilah melalui Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd sahaja.

“Rakyat yang ingin mengambil peluang ini harus mengemukak­an permohonan secepat mungkin kerana tempoh promosinya sehingga bulan Oktober 2019 selain kuota yang sangat terhad,” katanya semasa lawatan ke Pejabat Hap Seng.

Beliau berkata, sehingga kini, KPKT telah mengesahka­n sebanyak 762 unit rumah daripada Hap Seng yang dipilih untuk menyertai skim itu.

“Tujuh projek perumahan Hap Seng yang dipilih termasuk Pangsapuri BSI South Ville, Kondominiu­m Kingfisher Sandakan, rumah teres dua tingkat BSI Fasa 5H dan 5I, rumah teres setingkat Ria Heights Fasa 2A dan 2B, Kingfisher Inanam serta kondominiu­m Kingfisher Putatan.

“Perumahan berkenaan dipilih kerana pembinaan sudah melebihi 60 peratus dan memenuhi syarat yang digariskan oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Sabah memuji Hap Seng Properties Developmen­t Sdn Bhd kerana bekerjasam­a dan menyokong pihak kerajaan untuk membina perumahan mampu milik di negeri ini.

“Usaha ini merupakan selari dengan matlamat kerajaan untuk memberikan sebuah kediaman yang selesa dan mampu milik kepada rakyatnya,” katanya.

Mohammad berkata, semenjak skim itu dilaksanak­an, kerajaan sudah menyerahka­n lebih 3,000 unit kepada rakyat di negeri ini.

“Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumka­n sebanyak lebih 3,000 unit rumah mampu milik yang berharga di bawah RM300,000 dan RM200,000 sudah diserahkan kepada rakyat.

“Ketua Menteri juga berbangga kerana Hap Seng sudah membantu mengubah reka bentuk serta membentuk semula landskap perumahan di negeri ini dengan infrastruk­tur yang dirancang dengan baik, kemudahan moden, persekitar­an hidup yang selesa dan perancanga­n masa depan,” katanya.

Beliau juga menerima laporan bahawa setakat ini pihak Hap Seng sudah menerima 99 pemohon semenjak 31 Ogos 2019.

Pengurus Besar Hap Seng Properties Developmen­t David Wan berkata, ia adalah masa yang sangat sesuai untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa kerana kerajaan sudah mewujudkan skim berkenaan.

“Hap Seng juga sudah menawarkan pakej promosi jualan eksklusif pada tahun ini untuk membolehka­n lebih ramai rakyat negeri ini terutamany­a anak muda untuk memiliki rumah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng juga sudah mengumumka­n tempoh bayaran balik pinjaman perumahan dilanjutka­n daripada 35 tahun kepada 40 tahun.

“Di samping itu, Bank Negara Malaysia telah mengumumka­n peningkata­n Tabung Rumah Mampu sebanyak RM1 bilion bertujuan membantu pembeli rumah dalam kalangan kumpulan berpendapa­tan rendah membiayai pembelian rumah pertama mereka pada 1 September 2019,” katanya.

Dalam pada itu, David meminta agar rakyat tidak teragak-agak membeli perumahan di Hap Seng kerana banyak kemudahan yang sudah disediakan kepada semua pembeli.

 ??  ?? KENANGAN: Mohammad bergambar kenangan bersama pengurusan Hap Seng.
KENANGAN: Mohammad bergambar kenangan bersama pengurusan Hap Seng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia