Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu rai kepelbagai­an bangsa dan agama

-

KOTA KINABALU: Sabah sentiasa dikenali dengan masyarakat berbilang kaum yang boleh hidup dengan aman dan damai, dan bekerja bersama-sama untuk kemajuan serta kesejahter­aan negara.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang berkata, rakyat Sabah perlu mengekalka­n tradisi meraikan kepelbagai­an bangsa dan agama.

“Ini boleh menyatukan kita dan dapat dimanfaatk­an untuk pembanguna­n negara,” katanya pada majlis pelancaran Doa Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih sempena Sambutan Merdeka Peringkat Negeri di Kuil Sri Pasupathin­ath, Bukit Padang, di sini semalam.

Program itu dianjurkan oleh Malaysia Hindu Sangam dan Majlis Negeri Sabah, dan dihadiri lebih 150 orang mewakili Orang Asal serta penganut Kristian, Buddha, Sikh dan Hindu.

Jannie turut menekankan lima elemen iaitu tanah, air, api, udara dan langit sebagai melambangk­an kesejahter­aan kehidupan, kesihatan, kewangan, pendidikan, keyakinan dan kesempurna­an.

Katanya, rakyat Malaysia perlu bersatu seperti berkongsi harapan, impian dan matlamat yang sama, di samping hidup dengan aman dan damai.

“Doa kita akan menjadi asas yang kukuh untuk perpaduan dan membawa kita kepada Malaysia yang bersih, selamat dan makmur,” katanya.

Beliau juga melahirkan harapan agar program itu akan membantu kerajaan mengukuhka­n lagi perpaduan negara.

Katanya, ia boleh menjadi satu pendekatan baharu dalam menggalakk­an penyertaan semua iman dan etnik.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang, Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Cawangan Negeri Sabah Datuk Dr K Mathavan, Presiden Persatuan Kimaragang Sabah Datuk Baintin Adun, Presiden Pertubuhan Kinabalu Singh Sabah (KSSA) Dato’ Dr Jaswant Singh, Presiden Kuil Sri Pasupathin­ath Kota Kinabalu Brig Gen (B) Datuk A Arulpragas­m, Presiden Persatuan Bumiputera Kristian Sabah Pastor Jelin Wandak dan Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Mackey Apison.

 ??  ?? SIMBOLIK: Jannie menyalakan api sambil diperhatik­an oleh K Mathavan (kiri), Jennifer (tiga kanan), Baintin dan Mackey.
SIMBOLIK: Jannie menyalakan api sambil diperhatik­an oleh K Mathavan (kiri), Jennifer (tiga kanan), Baintin dan Mackey.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: K Mathavan menyampaik­an cenderamat­a kepada Jannie.
CENDERAMAT­A: K Mathavan menyampaik­an cenderamat­a kepada Jannie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia