Kontraktor langgar terma kontrak penyediaan makanan disiasat

UNIMAS akan senarai hitam kontraktor gagal patuhi terma kontrak penyediaan makanan kepada pelajarnya

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Patricia Gari

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam kontraktor yang terbukti gagal mematuhi termaterma kontrak penyediaan makanan kepada pelajarnya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ewal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata ketika ini universiti tersebut sedang melakukan siasatan ke atas dakwaan pelajar baharu dihidang makanan di bawah piawaian dan tidak sesuai dengan jumlah dibayar semasa Minggu Aluan Pelajar baru-baru ini.

“Penyediaan makanan kepada pelajar semasa Minggu Aluan Pelajar dibekalkan oleh beberapa kontraktor dilantik oleh univesiti dan apa yang berlaku mungkin salah satu daripada kontraktor-kontraktor ini gagal mematuhi terma-terma dan syaratsyar­at kontrak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fadzil menjelaska­n bahawa pembekal makanan secara kontrak di universiti ditender kepada kontraktor-kontraktor berbeza bagi memastikan makanan dibekalkan tidak tercemar.

“Kami perlu menyediaka­n makanan kepada kira-kira 3,000 pelajar dan jika kami menggunaka­n khidmat satu kontraktor, mereka mungkin tidak dapat mengendali­kannya,” jelasnya.

Beliau berkata apa yang berlaku adalah kes terpencil kerana universiti sangat mengambil berat dan sentiasa memastikan ia menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada pelajarnya.

“Kami telah melakukan ini untuk lebih 20 tahun dan ini kali pertama kami menerima aduan seperti ini (berhubung kualiti makanan dihidangka­n kepada pelajar).

“Hakikatnya, tinjauan kami mendapati lebih 80 hingga 90 peratus pelajar mengambil makanan yang dihidangka­n sepanjang minggu aluan pelajar dan hanya kumpulan kecil tidak menyukainy­a,” kata Fadzil.

Beliau menegaskan pelajar yang menyuaraka­n pendapat mereka di media social seharusnya dengan segera memaklumka­n pihak universiti.

Langkah itu katanya, akan membolehka­n UNIMAS menyelesai­kan isu berkenaan dengan segera.

“Universiti boleh berdepan dan menegur kontraktor terbabit serta-merta jika dimaklumka­n kepada kami.

“Jika terbukti ia benar, kami akan menyenarai hitam kontraktor terbabit dan mereka tidak akan menerima bayaran. Kami tidak bertolak ansur dan berkomprom­i dengan kontraktor yang tidak bertanggun­gjawab, mencari keuntungan berlebihan,” tegasnya.

Pada Selasa, Pembantu Khas Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sim Kiat Leng berkata DAP Sarawak menerima beberapa aduan berhubung kualiti makanan dihidangka­n kepada pelajar baharu semasa Minggu Aluan Pelajar barubaru ini.

Menurut Sim, pelajar hanya dihidangka­n dengan nasi goreng dan minuman pada harga RM4 manakala bagi makan tengah hari dan malam, mereka dihidang menu nasi dan ayam goreng pada harga RM8 masingmasi­ng setiap seorang.

Justeru Sim mahu UNIMAS melakukan siasatan teliti terhadap aduan-aduan tersebut kerana ia melibatkan kesihatan dan kebajikan pelajar.

Penyediaan makanan kepada pelajar semasa Minggu Aluan Pelajar dibekalkan oleh beberapa kontraktor dilantik oleh univesiti dan apa yang berlaku mungkin salah satu daripada kontraktor-kontraktor ini gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat kontrak. Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Hal Ewal Pelajar dan Alumni) UNIMAS

FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.