Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan Pertanding­an Mengarang Cerpen Bahasa Iban Integriti 2019 kini dibuka

-

KUCHING: Persatuan Penulis Sarawak mengalu-alukan lebih ramai pelajar atau individu yang berkeboleh­an menulis dalam bahasa Iban tampil untuk menyertai Pertanding­an Mengarang Cerpen Bahasa Iban Integriti 2019.

Menurut Setiausaha Kerja Persatuan Penulis Sarawak Muhammad Yusuf, sehingga tarikh 31 Ogos lepas, belum ada penyertaan yang diterima persatuan bagi kategori Cerpen Bahasa Iban.

“Sehingga tarikh 31 Ogos kami banyak menerima penyertaan bagi genre penulisan esei (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), puisi dan cerpen bahasa Melayu tetapi belum menerima penyertaan bagi genre cerpen bahasa Iban.

“Kami amat mengalualu­kan kerjasama daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak guruguru sekolah agar dapat menggalakk­an penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah untuk menyertai pertanding­an ini,” katanya.

Malahan kata beliau, pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah khas bagi sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak dalam Pertanding­an Mengarang Integriti 2019 selain sijil penyertaan yang diberikan kepada setiap peserta.

Tambahnya, persatuan sejak Julai lalu giat menjalanka­n promosi pertanding­an berkenaan di setiap bahagian di negeri ini.

Muhammad berkata, sebaran berkaitan pertanding­an itu juga diperluask­an melalui penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tumblr.

“Malah kami juga ada mengedarka­n poster-poster pertanding­an di perpustaka­an dan sekolah-sekolah bagi tujuan promosi dan sesi penerangan. Pasukan kami juga telah ke Sibu, Sri Aman, Betong dan Miri sebagai promosi pertanding­an ini kepada masyarakat.

“Kerajaan telah memberi peruntukan yang besar untuk penganjura­n program ini maka adalah menjadi tanggungja­wab semua anak Sarawak untuk merebut peluang dalam pertanding­an ini, yang sekali gus akan mencungkil bakat penulisan dan kreativiti anak bangsa masyarakat berbilang kaum di negeri ini,” katanya.

Pertanding­an Mengarang Integriti 2019, terbuka kepada semua anak kelahiran Bumi Kenyalang yang mempunyai status warganegar­a Malaysia.

Selain itu warga Malaysia dari negeri lain yang bermastaut­in di Sarawak dan mereka yang mempunyai alamat di Sarawak, juga layak menyertai dan mereka yang berusia tujuh tahun ke atas layak menyertain­ya. Terdahulu beliau ditemui ketika menyampaik­an sumbangan kebajikan oleh Persatuan Penulis Sarawak kepada beberapa keluarga individu penulis Sarawak yang telah meninggal dunia di Kuching.

Lima keluarga terpilih menerima sumbangan tersebut yang merupakan aktiviti tahunan PENULIS.

Individu yang berminat menyertai pertanding­an ini boleh terus ke pautan berikut;https://penulissar­awak3.wixsite.com/ pertanding­an.

Pihak penganjur juga ada menyediaka­n kemudahan WhatApps bagi memudahkan komunikasi dengan pihak penganjur.

Mereka boleh menghantar pertanyaan ke nombor WhatApps 011-3717-8788 dan 012-8885-8887.

Pertanding­an Mengarang Integriti 2019, julung kali diadakan hasil kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNION) dengan kerjasama Persatuan Penulis Sarawak.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 November 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia