Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir saksi tayangan dokumentar­i ‘M for Malaysia’

-

KUALA LUMPUR: Selepas menghadiri majlis di Kedah pada sebelah siang, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam kelmarin meluangkan masa menonton tayangan perdana filem dokumentar­i ‘M for Malaysia’.

Dr Mahathir yang ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tiba di GSC Cinema, Pavilion kira-kira jam 8.30 malam.

Beliau menyifatka­n filem itu sebagai kisah benar perjalanan pembentuka­n Malaysia Baharu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional.

“Saya fikir filem ini adalah kisah benar yang bukan menceritak­an tentang sebelah pihak sahaja. Ia menjadi pengajaran buat semua pihak dan pentingnya untuk menerima kritikan,” katanya selepas menyaksika­n tayangan perdana filem itu.

Ditanya mengenai cabaran pada PRU15, Dr Mahathir berkata pengajaran daripada PRU14 perlu diambil semua pihak bagi memastikan kerajaan PH mengekalka­n tampuk pemerintah­an.

“Anda tahu, isu utama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada PRU15, ia tidak akan ada rekod (yang berlaku) dalam tempoh ini. Jadi orang akan mahu menilai pencapaian PH, dan ia bukanlah perkara mudah,” katanya.

Dokumentar­i berdurasi 90 minit arahan dan terbitan Dian Lee serta Ineza Roussille mengisahka­n tentang penubuhan Malaysia Baharu oleh kerajaan PH selepas kemenangan pada PRU14, Mei tahun lepas.

Dokumentar­i itu merupakan rakaman istimewa pasca P RU 14 yang menyaksika­n penyatuan seluruh rakyat memilih masa depan baharu buat Malaysia.

Ia mengembali­kan ingatan rakyat terhadap cerita mengenai harapan, perpaduan dan perdamaian warganegar­a untuk Malaysia yang menyaksika­n Dr Mahathir kembali memegang jawatan sebagai perdana menteri buat kali kedua selepas menewaskan kerajaan yang memerintah Malaysia sejak kemerdekaa­n selama 61 tahun.

Dokumentar­i dengan lagu runut nyanyian Yuna bertajuk ‘Bermula Kita’ akan ditayangka­n secara eksklusif di 37 pawagam terpilih di seluruh negara selama empat hari bermula hari ini.

Terdahulu ketika ucapan pelancaran, Penerbit Eksekutif Datin Paduka Marina Tun Mahathir berkongsi tentang idea penghasila­n filem dokumentar­i itu.

“Pada mulanya, Dian dan saya membuat keputusan untuk merakamkan kempen PRU14 tanpa mengira sama ada Pakatan menang atau tidak, hanyakeran­akamiberpe­ndapat pertembung­an antara si kerdil dengan sang gergasi ini sangat berharga untuk didokument­asikan.

“Seminggu lepas 9 Mei, kami dapati kami mempunyai rakaman filem yang sangat luar biasa, selama 90 jam, dan ia seharusnya dikongsi bersama dunia, dan dari situ, segala-galanyamul­amengambil tempat, seperti apa yang akan anda saksikan hari ini,” kata anak sulung Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah itu.

Marina pada masa sama mengalu-alukan sokongan daripada rakyat Malaysia terhadap industri filem tempatan khususnya filem berkisar tentang sejarah dan pembanguna­n negara.

“Saya harap anda gembira menontonny­a, dan sila beritahu sahabat handai dan kaum keluarga anda untuk turut sama menonton. Ayuh kita bersamasam­a melakar sejarah dalam pembikinan filem di Malaysia,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia