Utusan Borneo (Sabah)

OKU bukan penghalang untuk Herman menjadi tutor bahasa isyarat

-

KUALA LUMPUR: Walaupun lahir sebagai orang kurang upaya (OKU), namun ianya bukanlah penghalang kepada Md Herman Saidin untuk menjadi tutor bahasa isyarat pertama dan tunggal di Labuan.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Herman, merupakan anak jati Labuan ini tersenyum dan bangga apabila usahanya selama 28 tahun mendidik anak-anak OKU yang lain terbalas selepas menerima Anugerah MyHero 3.0 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Saya tidak menyangka perjuangan selama 28 tahun membuat kerja amal serta membantu anak-anak orang kurang upaya (OKU) diiktiraf sehingga memperoleh penghormat­an ini.

“Saya sendiri OKU pendengara­n dan saya bertekad mahu membantu anak-anak OKU pekak di Labuan dengan mengajar mereka bahasa isyarat yang ‘standard’ supaya lebih mudah untuk mereka berkomunik­asi dan mencari kerja.

“Setakat ini seramai 20 anak Labuan sudah saya bantu dan ada di antara mereka sudah mendapat pekerjaan,” katanya.

Menurut Herman, beliau sering memberi khidmat bahasa isyarat dan mengambil berat terhadap keperluan OKU yang mempunyai masalah pendengara­n sepertinya kerana beliau percaya penggunaan bahasa isyarat adalah amat penting supaya OKU dapat berhubung dan berkomunik­asi dengan masyarakat umum.

Selain menubuhkan persatuan OKU pekak dan bisu di Labuan, beliau kini giat dalam penubuhan sebuah pusat latihan dan pendidikan untuk mereka yang cacat pendengara­n.

Herman merupakan salah seorang daripada penerima Anugerah MyHero 3.0 yang telah berlangsun­g di Dewan Seng Peng, Wisma Chinese Chamber, semalam.

Melalui pengiktira­fan ini, Herman telah menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penghargaa­n. Pada masa sama, beliau turut dilantik menjadi Duta Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Penerima Anugerah MyHero merupakan wira atau wirawati yang tidak didendangk­an dan tidak pernah menerima pengiktira­fan daripada mana-mana badan. Mereka membantu, berkorban dan memberi sumbangan tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama dan budaya.

 ??  ?? BANGGA: Herman (tengah) menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penghargaa­n daripada tetamu kehormat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
BANGGA: Herman (tengah) menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penghargaa­n daripada tetamu kehormat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia