20 penerjun sertai ‘Base Jump’ Menara Alor Setar

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

ALOR SETAR: Menara Alor Setar Internatio­nal Jump (MASIJ) 2019 menarik 20 penerjun dari dalam dan luar negara untuk menyertai acara tiga hari berlangsun­g di Menara Alor Setar bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Datuk Rozlan Mohamed berkata acara yang bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang bagi terjunan siang, dan 8 hingga 10 malam bagi terjunan malam.

“Acara sukan antarabang­sa ini menawarkan peluang kepada penerjunpe­nerjun ‘base’ antarabang­sa dan tempatan untuk terjun dari platform tertinggi di Menara Alor Setar, pada ketinggian 105 meter dari paras laut dan akan mendarat di Taman Jubli berdekatan.

“Ia juga memberi peluang kepada masyarakat tempatan mengenali dengan lebih dekat terjunan base ini, di samping memupuk minat kepada aktiviti-aktiviti lasak seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rozlan berkata acara seumpama itu juga akan meletakkan Malaysia pada peta pelanconga­n antarabang­sa sebagai destinasi bagi aktiviti pelanconga­n sukan ekstrem sekali gus dapat membantu menggalakk­an promosi ‘Visit Malaysia 2020’ kepada pelancong tempatan dan antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.