Pesta Buah-Buahan Segar AS di Everrise

Utusan Borneo (Sabah) - - Ekonomi -

KUCHING: Everrise dengan kerjasama Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS) mengadakan Pesta Buah-Buahan Segar AS bermula semalam hingga 22 September ini bagi menghargai pelanggan setianya.

Majlis pelancaran pesta buah-buahan itu telah diadakan di Everrise Green Heights Mall pada 10 September lepas.

Sepanjang pesta itu berlangsun­g, pelanggan akan berpeluang membeli buahbuah segar yang diimport dari AS seperti anggur, plum, pic, oren, epal serta banyak

TARIKAN: Gambar berkumpula­n penganjur Pesta Buah-Buahan Segar AS.

lagi pada harga menarik. Selain itu aktiviti merasa buah-buahan secara percuma pada hujung minggu ini di pasar raya yang mengambil bahagian.

Pasar raya yang mengambil bahagian ialah Everrise BDC, Vivacity, Plaza Merdeka, Batu 4 dan gedung beli-belah Green Heights. Orang ramai yang mahu keterangan lanjut boleh menghubung­i manamana pasar raya Everrise terlibat.

SEGAR: Pelbagai pilihan buahbuahan segar diimport dari AS dijual di Everrise.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.