Utusan Borneo (Sabah)

Tiga rakyat Australia ditahan di Tehran

-

SYDNEY: Kerajaan Australia semalam berkata tiga rakyatnya telah ditahan di Iran, yang terbaharu dalam satu siri melibatkan orang barat ditahan oleh pihak berkuasa di Tehran.

“Jabatan Perdaganga­n dan Hal Ehwal Asing sedang menyediaka­n bantuan konsular kepada keluarga tiga rakyat Australia yang ditahan di Iran,” seorang jurucakap memberitah­u AFP.

“Disebabkan oleh tanggungja­wab privasi kami, kami tidak akan memberikan komen lanjut.”

Times of London sebelum itu melaporkan dua wanita Britain-Australia telah ditahan di penjara Evin di Tehran.

Syarikat penyiaran awam Australia ABC melaporkan teman lelaki kepada salah seorang wanita itu yang berasal dari Australia turut ditahan.

Ia masih belum jelas sekiranya ketiga-tiga mereka telah didakwa. Salah seorang wanita itu dilaporkan sudah berada dalam tahanan selama lebih setahun.

Berita mengenai penahanan tiga orang itu muncul selepas Australia mengumumka­n ia akan menyertai misi yang diketuai AS bagi melindungi perkapalan yang melalui Selat Hormuz.

Perdana Menteri Scott Morrison pada Ogos lepas mengumumka­n sumbangan “sederhana” untuk misi kontrovers­i itu – termasuk sebuah kapal frigat, sebuah pesawat pengawasan maritim P8 dan kakitangan bantuan – yang akan turut melibatkan pasukan tentera Britain.

Pada awal minggu ini kerajaan Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan ke Iran agar “mempertimb­angkan semula keperluan untuk pergi” dan “tidak pergi” ke mana-mana kawasan berhampira­n sempadan dengan Iraq dan Afghanista­n.

Hubungan yang sudah pun sukar dengan Iran bakal menjadi lebih teruk sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri daripada perjanjian untuk mengehadka­n program nuklear oleh Iran pada 2018.

Iran telah memberikan respons dengan meneruskan beberapa aktiviti nuklear yang ditetapkan.

Sementara itu, semakin ramai rakyat dengan dua kerakyatan telah ditahan di Iran, di mana ramai melihatnya sebagai satu strategi diplomatik yang kejam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia