Utusan Borneo (Sabah)

Texas hukum mati banduan disabit kesalahan membunuh

-

WASHINGTON: Negeri Texas di Amerika Syarikat (AS) telah melaksanak­an hukuman mati terhadap seorang banduan kelmarin, sembilan tahun selepas dia terlibat dalam satu siri jenayah selama seminggu yang termasuk dua pembunuhan.

Mark Soliz, 37, disahkan meninggal dunia pada jam 6.32 petang waktu tempatan, kata Jabatan Kehakiman Jenayah Texas dalam satu kenyataan.

Dalam kata-kata terakhirny­a, Soliz memohon maaf “bagi penderitaa­n dan kesedihan yang dia telah lakukan,” menurut kenyataan tersebut.

Pada Jun 2010, Soliz, yang telah beberapa kali disabitkan bagi rompakan, mencuri beberapa jenis senjata semasa satu rompakan bersama seorang rakan subahat bernama Jose Ramos.

Pada minggu berikutnya, dua lelaki itu merompak beberapa orang, mencederak­an seorang lelaki dan membunuh pemandu sebuah trak penghantar­an di tempat letak kereta.

Pada hari yang sama, siri jenayah itu berakhir apabila mereka menceroboh masuk ke sebuah kediaman milik seorang wanita berusia 61 tahun dan membunuhny­a.

Ketika perbicaraa­nnya pada 2012, peguam Soliz menceritak­an tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar, ditambahka­n lagi dengan alkohol dan keganasan, serta masalah mentalnya disebabkan oleh sindrom alkohol ketika dalam janin.

Bagaimanap­un, ia mengambil masa kurang dari sejam bagi para juri untuk menjatuhka­n hukuman mati terhadapny­a.

Para penyokong Soliz telah merayu bagi kesnya di atas dasar yang sama kepada Mahkamah Agung, namun tidak berjaya.

Rakan subahat Soliz, Ramos, yang mengaku bersalah, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Soliz merupakan banduan hukuman mati yang ke-15 dihukum mati di AS pada tahun ini, dan yang keenam di Texas. — AFP

 ??  ?? SOLIZ
SOLIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia