Kebakaran paksa Jepun batal pelancaran roket ke ISS

Utusan Borneo (Sabah) - - Dunia -

TOKYO: Satu kebakaran pada awal subuh semalam memaksa agensi angkasa Jepun agar membatalka­n pelancaran sebuah roket yang tidak bernama bertujuan untuk menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabang­sa (ISS), kata pihak pengurusan.

Kebakaran berlaku berhampira­n pelantar pelancaran di selatan pulau Tanegashim­a pada kira-kira jam 3.05 pagi waktu tempatan, ketika Mitsubishi Heavy Industries (MHI) sedang bersedia untuk melancarka­n kapal kargo Kounotori8 milik Agensi Penjelajah­an Aero Angkasa di sebuah roket H-2B, menurut pihak MHI dalam satu kenyataan.

Pihak pengurusan sedang menyiasat punca kebakaran dan memeriksa sekiranya terdapat sebarang kerosakan terhadap roket dan fasiliti berhampira­nnya, jelasnya.

Kounotori8, bermakna “burung botak putih” dalam bahasa Jepun, adalah bertujuan untuk menghantar kira-kira 5.3 tan bekalan kepada angkasawan di ISS, termasuk makanan segar dan air minuman serta bateri dan peralatan yang diperlukan untuk uji kaji.

Agensi angkasa JAXA di Jepun mencanangk­an Kounotori8 sebagai “kapal pengangkut angkasa paling besar di dunia” dalam sebuah filem promosi di laman sesawangny­a.

Seorang pegawai JAXA memberitah­u satu sidang media awal pagi bahawa tidak ada tarikh luput bagi bekalan yang dihantar ke ISS, dan jadual pelancaran seterusnya akan diputuskan dengan kerjasama rakanrakan antarabang­sa, lapor pihak penyiaran awam NHK. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.