Utusan Borneo (Sabah)

Pejuang ISWAP bunuh beberapa tentera di timur laut Nigeria

-

KANO: Beberapa anggota tentera Nigeria telah terkorban dalam satu serangan hendap oleh pejuang jihad yang dikaitkan dengan militan Daesh (IS) terhadap satu konvoi tentera di bahagian timur laut negara yang dilanda konflik, kata sumber keselamata­n.

Sekumpulan pejuang Islamic State West Africa Province (ISWAP) telah melepaskan tembakan dengan mesingan berat serta bom tangan yang dilancarka­n dengan roket ke arah konvoi ketika ia bergerak ke pekan Gudumbali di negeri Borno pada Isnin lepas, menurut beberapa sumber.

ISWAP telah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan itu, menyatakan pejuangnya telah membunuh atau mencederak­an beberapa anggota tentera.

Sumber keselamata­n berkata “pengganas telah mengejutka­n pasukan tentera dengan serangan hendap ketika mereka sedang menuju ke Gudumbali”.

“Kami kehilangan beberapa anggota tentera, kenderaan dan senjata kepada pihak pengganas dalam serangan tersebut,” menurut sumber, yang meminta agar dirinya tidak dikenal pasti.

Konvoi tersebut dalam perjalanan ke Gudumbali bagi membantu memperkuku­hkan pasukan tentera pakatan dari Nigeria dan Chad bagi satu serangan utama untuk membebaska­n pekan tersebut daripada pejuang jihad, menurut sumber keselamata­n kedua.

Beliau menambah bahawa kehilangan adalah amat besar dan berdasarka­n laporan yang datang, jumlah kematian adalah “sangat besar”.

Sumber keselamata­n ketiga berkata: “Ia masih belum jelas mengenai jumlah kematian yang direkodkan dalam serangan itu namun beberapa anggota tentera telah menerima akibatnya.”

Para pejuang ISWAP telah menyerang hendap konvoi tentera Nigeria dan “bertempur dengan mereka dengan melibatkan beberapa jenis senjata,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan bagi mengaku bertanggun­gjawab kelmarin, menurut Perisikan SITE yang mengawasi aktiviti pejuang jihad di seluruh negara.

Kumpulan itu turut mengaku telah memusnahka­n beberapa trak dan merampas beberapa kenderaan lain dalam serangan tersebut.

Sebelum anggota tentera berundur dari Gudumbali pada Disember, ISWAP telah beberapa kali menyerang anggota tentera di pekan berkenaan.

Pada Disember, pejuang ISWAP yang membawa senjata antipesawa­t telah menyerang sebuah pangkalan di pekan, mencetuska­n pertempura­n sengit sebelum serangan itu berjaya dikekang dengan bantuan udara.

Pada September tahun lepas, pejuang jihad telah menceroboh pangkalan yang sama dan merampas kuasa sementara waktu ke atas pekan sebelum berundur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia