Kastam patahkan lima cubaan seludup rokok melalui jalan udara

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalk­an lima cubaan menyeludup rokok melalui jalan udara antara 6 Ogos sehingga kelmarin, yang melibatkan 8.84 juta batang rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai rampasan termasuk duti RM6.78 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata rokok-rokok bukan keluaran Malaysia itu dirampas di Zon Perdaganga­n Bebas (FCZ), Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dalam tempoh tersebut, yang dibawa masuk melalui mod udara dari Singapura dan Laos.

“Ini merupakan mod penyeludup­an yang agak baharu kerana sebelum ini mereka (sindiket) memilih jalan laut,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Zulkurnain berkata jalan udara kurang menjadi pilihan untuk pengangkut­an rokok kerana kosnya yang mahal iaitu sekitar RM30 sekilogram, dan pihak sindiket dipercayai memilih cara lain untuk menyeludup ekoran kawalan ketat di pelabuhan terutamany­a di Pelabuhan Klang.

Menghuraik­an operasi di FCZ itu, Zulkurnain berkata serbuan pertama pada 6 Ogos lepas menemukan 2.94 juta batang rokok atau 147,000 paket rokok putih yang bernilai kira-kira RM294,000 dan duti atau cukai yang boleh dikenakan ke atas konsaimen itu dianggarka­n bernilai RM1.97 juta.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati rokok tersebut diimport dari Singapura melalui penerbanga­n MK646 yang diikrarkan dalam Airwaybill sebagai ‘spare parts’.

Pada 14 Ogos pula, Kastam menyita 1.3 juta batang rokok atau 65,000 paket rokok putih yang dianggarka­n bernilai RM130,000 dan duti atau cukai yang boleh dikenakan ke atas konsaimen bernilai kira-kira RM871,000.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rokok tersebut diimport dari Vientiane, Laos melalui penerbanga­n AK553 yang diikrarkan dalam Airwaybill sebagai ‘general cargo’.

Pada 3 September lepas pula, sebanyak 1.3 juta batang rokok atau 65,000 paket rokok putih telah disita yang dianggarka­n bernilai RM104,000 dan duti atau cukai yang boleh dikenakan ke atas konsaimen tersebut dianggarka­n bernilai RM868,000.

Menurut Zulkurnain, siasatan awal mendapati rokok tersebut diimport dari Vientiane melalui penerbanga­n AK553 yang diikrar dalam Airwaybill sebagai general cargo.

Kelmarin, katanya Kastam pada sebelah pagi menyita 1.3 juta atau 65,000 paket rokok putih yang dianggarka­n bernilai RM130,000 dan duti atau cukai yang boleh dikenakan ke atas konsaimen itu dianggarka­n RM871,000.

Pada sebelah petangnya pula, Kastam menyita dua juta batang rokok atau 100,000 paket rokok putih yang dianggarka­n bernilai RM240,000 dan duti atau cukai yang boleh dikenakan ke atas konsaimen tersebut dianggarka­n RM1.35 juta.

Zulkurnain berkata keduadua kosaimen rokok yang dirampas semalam diimport dari Singapura melalui penerbanga­n MK 646 yang diikrarkan dalam Airwaybill sebagai ‘garments’ dan ‘consolidat­ed cargo’.

“Kami masih menyiasat kaitan antara kelima-lima kes tersebut dan pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini,” katanya. — Bernama

TUMPAS: Zulkurnain (tengah) ketika sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup rokok putih di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.