Utusan Borneo (Sabah)

Nour Shafinar hamil, tak sempat beritahu Mejar Mohd Zahir

-

IPOH: Nour Shafinar Harun, isteri Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah lapan hari lepas, perlu terus cekal dan tabah menjalani kehidupan, apalagi setelah mendapati dirinya kini hamil.

Nour Shafinar, 31, mengetahui tentang kehamilan dirinya, dua hari selepas kematian insan tersayang.

“Dua hari selepas arwah tiada, kawan ada menegur: saya mengandung ke? Kalau ikutkan saya dah tidak datang haid dalam sebulan lebih namun lihat keadaan badan rasa naik, berat naik, (tapi) makan pun tidak (seberapa) sebab saya diet.

“Saya kuatkan hati saya, buat ‘pregnancy test’ dan tengok saya hamil. Alhamdulil­lah saya mengandung, cuma arwah tidak sempat diberitahu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluargany­a di Taman Perpaduan, di sini semalam.

Beliau berkata dia tidak membuat pemeriksaa­n lengkap mengenai kehamilann­ya kerana masih bersedih.

Sementara itu, Nour Shafinar berkata dia tidak menyalahka­n mana-mana pihak selain reda atas kejadian yang menimpa suaminya, Allahyarha­m Mohd Zahir.

“Lagi satu saya nak beritahu juga, sebagai isteri kepada arwah, atas kejadian yang terjadi ini saya tidak salahkan mana-mana pihak.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan saya juga anggap ini satu kemalangan dalam latihan sebab mereka (rakan setugas) sama-sama ‘sharp shooter’. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat meluangkan masa selama 30 minit menziarahi Nour Shafinar di samping menyampaik­an sumbangan peribadi kepadanya.

Nour Shafinar berkata Tuanku Zara menasihatn­ya agar bersabar dan reda selain meneruskan hidup serta menguatkan semangat untuk menjaga anak-anak.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah.

Allahyarha­m Mohd Zahir dilapor meninggal dunia pada jam 9.20 pagi, di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 4 Sept, selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.

Kelmarin, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah dalam satu kenyataan berkata siasatan terhadap insiden Mohd Zahir menjurus kepada faktor kecuaian.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENZIARAHI: Tuanku Zara (kiri) berkenan berangkat menziarahi Nour Shafinar Harun, 31, yang merupakan isteri Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir Armaya di kediaman Nour Shafinar di Taman Perpaduan, Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama MENZIARAHI: Tuanku Zara (kiri) berkenan berangkat menziarahi Nour Shafinar Harun, 31, yang merupakan isteri Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir Armaya di kediaman Nour Shafinar di Taman Perpaduan, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia